Hiburan

Sedar Diri Tiada Bakat, Fyza Kadir ‘Give Up’ Jadi Pelakon - "Habis Satu Scene, Saya Balik Mesti Menangis”

Asyikin Mayudin
05/03/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Sedar Diri Tiada Bakat, Fyza Kadir ‘Give Up’ Jadi Pelakon - "Habis Satu Scene, Saya Balik Mesti Menangis”
“Memang saya lepas kahwin terus berhenti berlakon,” kata pempengaruh media sosial, Fyza Kadir yang dahulu pernah mewarnai dunia perfileman sekitar 2012.
Hanya setahun dalam industri lakonan, Fyza mengakui dia sememangnya tiada bakat dalam bidang itu namun Pengarah urusan MIG, Mejar (K) Datuk David Teo yang mahu menjadikannya sebagai pelakon.
“Sebenarnya masa saya jumpa David Teo, dia kata saya ada rupa sikit… dia kata saya boleh jual, why not cuba. Jadi saya cuba la tapi saya tak ada bakat. Jadi saya berhentilah.
“Sebab setiap kali selesai satu babak, saya balik mesti menangis. Ia sangat sukar untuk saya nak buat (berlakon). Jadi, no more la. Lagipun saya ini pemalu, suara pun tak keluar.
“Saya jadi takut bila ada ramai lelaki,” kata Fyza kepada Gempak.
Fyza ditemui ketika di sidang media Raya Ariani 1001 Tales yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Fyza turut mendedahkan dari awal lagi dia sudah memberitahu David Teo mengenai dirinya yang sememangnya tidak pandai berlakon.
“Ada orang beri nama saya kepada David Teo dan dia panggil saya datang ke pejabatnya. Tapi awal-awal lagi saya dah beritahu yang saya memang tak pandai berlakon.
“Tapi dia jumpa saya hari ini, esoknya dah ada job dah. Masa itu saya fikir ‘ya Allah apa nak jadi dengan saya ini’. Dia dah buat keputusan nak juga saya, tak kira macam mana… saya kena berlakon saja,” ujarnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024