Laman Utama

"Sebelum Ada Anak Pun Saya Dah Risau Dengan..." - Diana Amir Akui Mencabar Kawal Tontonan Anak-Anak Di Rumah

Asraf Aided
18/07/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
"Sebelum Ada Anak Pun Saya Dah Risau Dengan..." - Diana Amir Akui Mencabar Kawal Tontonan Anak-Anak Di Rumah
Pelakon Diana Amir akui mengawal kandungan tontonan buat anak-anaknya di rumah bukanlah satu perkara mudah.
Menurut Diana, meskipun platform media sosial sebelum ini telah menyediakan program khas kanak-kanak, namun masih ada percakapan kurang sopan dan unsur negatif yang tidak ditapis sebaik mungkin.
"Sebelum ada anak pun saya dah risau dengan keadaan dunia masa kini, garis panduan banyak yang dilonggarkan.
"Meskipun ada platform tontonan kanak-kanak, tetapi kadang-kadang masih ada percakapan yang tidak sopan dipaparkan.
"Walaupun kita mengawal tontonan anak-anak, potensi untuk terdedah kepada elemen yang kurang sopan masih boleh berlaku walaupun secara tidak sengaja," katanya.
Diana yang juga Ketua Kandungan Bahagian Nurflix JR (junior) berkata demikian dalam sidang media virtual yang diadakan pada Jumaat.
Justeru, selaku individu penting di sebalik platform penstriman video kandungan Islamik itu, Diana menjelaskan semua bahan tontonan kanak-kanak di Nurflix adalah selamat untuk ditonton.
"Nurflix Jr ini ada kepentingannya, kita tak rasa takut kerana ulama pun sudah mengesahkan kandungan kanak-kanak di platform ini semuanya selamat ditonton.
"Tentunya kita mahu yang terbaik untuk anak-anak agar mereka membesar dengan nilai-nilai Islam," katanya lagi.
Kandungan kanak-kanak di Nurflix kini masih dalam proses penghasilan dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi sekitar Januari tahun depan.
Aplikasi Nurflix boleh dicapai melalui laman web http://nurflix.tv, Apple Appstore dan Google Playstore.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024