Hiburan

"Sebagus Mana Pun Kalau Dah 'Kun Faya Kun'..." - Isteri Pitt Haniff

Zulaikha Yusof
07/11/2019
05:54 MYT
Sponsor Banner
"Sebagus Mana Pun Kalau Dah 'Kun Faya Kun'..." - Isteri Pitt Haniff
Isteri kepada Allahyarham Pitt Hanif, pelakon Farah Ahmad berkongsi mengenai perjalanannya ke Pahang selepas mendapat khabar berita mengenai suaminya yang lemas ketika memancing.
Kata Farah, ketika itu dia hanya mampu menitiskan air mata dan berdoa kepada kepada Allah.
"Pitt jangan buat prank. Selepas selesai hal mama, lepas Zohor aku gerakan ke Jerantut. Dari Melawati dah jem teruk dan hujan sangat lebat.
"Ya Allah risaunya hati. Aku ni imaginasi tinggi jadi fikir Ya Allah habislah badan suami. Aku tengok jer langit yang gelap tu doa hanya Allah yang tahu.
"Lepas tol Karak, Alhamdullilah tak jammed tak hujan. Kecik pandu kereta macam jet dengan aku tak makan lagi dengan handphone abang Ari dok berdering dia pasang loud speaker pula orang tanya itu ini yang nangis yang membuat aku tension.
"Aku cakap abang Ari jangan jawab or jawab tapi jangan loud speaker jangan nak nangis sebab aku isteri Pitt ni ada kat belakang ni tengah sabar ni.
"Aku perhati alam bicara hatiku bersaksikan alam. Pasti air mata mengalir. Sempat aku buat video posting berita ni di sosial media sebab aku tak mampu nak jawab setiap call dan WhatsApp.
"Untung sekarang ada voice notes senang sikit tak payah taip. Sebelum sampai Kecik belikan aku roti dan Milo sebab aku tak makan lagi," tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram TV miliknya.
Tambah Farah, ketika berada di tempat kejadian, dia sudah tahu suaminya sudah meninggal dunia walaupun mayat belum ditemui.
"Sampai je aku terus ke jambatan. Aku rasa macam shoot cerita CSI dengan baju seluar arwah aku sarung. Sebaik langkah jer meremang 1 badan.
"Aku jalan sampai ke tempat boat yang pecah tu. Tiba-tiba aku rasa tenang setenang air sungai.
"Dalam hati berkata "come on Pitt you are good swimmer" tapi sebagus mana pun kalau dah kun faya kun kuasa alam pun tunduk. Terus aku duduk sambik cakap Pitt okay jom kita borak.
"Aku cakap Piyy jangan buat prank macam ni kesian semua orang. Farah tahu Pitt kekadang memang tak bagitahu Pitt pergi mana sebab buat aktiviti Pitt tapi akhirnya kantoi juga.
"Tapi bukan kali ni sebab aku dah tak ada rasa risau sangat sebab aku rasa tenang. Aku cakap "I don't know I can manage or not without you. I still need."
"Allah saja yang tahu isi hati aku yang dah tahu suami aku dah tak ada. Walaupun ada yang kata dia ada lagi.
"Tapi dalam hati aku berkata jasad Pitt memang ada tapi Pitt dah tak ada. Kuat semangatku kerana aku janji dengan diri aku akan bawa Pitt balik.
"Alhamdullilah tangisan ku hanya melepaskan rasa rindu. Aku berjalan balik ke tebing.
"Aku jumpa Sham aku tahu Sham rasa bersalah tapi aku tak boleh salahkan dia aku cakap it's okay be strong. Insya-Allah kita akan jumpa.
"Terima kasih juga pada @amerul_affendi yang ada masa tu. Encik Firdaus hari ni Ajib bagi siakap besar katanya awak patutnya join trip ni.
"Dan mama bagitahu mutawif Rahman dah buatkan awak Umrah Badal untuk awak. Awak ni rezeki melimpah-limpah dengan reda awak. Alhamdullilah my Man," tulisnya lagi.
Terdahulu, Pitt dilaporkan lemas pada 26 Oktober lalu ketika memancing selepas bot yang dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang karam sekitar pukul 1 tengah hari.
Jenazah ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.25 petang Ahad.
Jenazah telah selamat dikebumikan sekitar jam 2 pagi di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024