Berita

"Sebagai Bekas Mangsa, Tidak Wajar Serbuan di Kediaman Najib Razak Dibuat Awal Pagi" - Nurul Izzah

Kamaruddin Razal
17/05/2018
14:39 MYT
Sponsor Banner
"Sebagai Bekas Mangsa, Tidak Wajar Serbuan di Kediaman Najib Razak Dibuat Awal Pagi" - Nurul Izzah
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menerusi entri Twitter terbaharunya menzahirkan kekesalan berhubung tindakan polis menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lewat malam Rabu. Nurul Izzah berkata sebagai bekas mangsa serbuan yang berlaku pada dinihari suatu ketika dahulu, beliau membantah tindakan PDRM menjalankan operasi di kediaman milik figura politik itu pada waktu sebegitu. Setakat ini, kediaman Najib dilaporkan sedang digeledah oleh pihak polis.
Menurut anak sulung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, prinsip keadilan dan dan berhikmah pihak polis haruslah sentiasa diguna pakai.
Tegas Nurul Izzah, sewajarnya, pihak PDRM perlu 'dakwa, siasat secara berhemah'.
Pada tahun 1998, sepasukan anggota polis berpakaian anggota komando telah menyerbu kediaman Anwar Ibrahim di Bukit Damansara, Petaling Jaya dan menjalankan operasi mereka pada awal pagi.
Nurul Izzah seolah-olah mengulang memori yang terjadi 20 tahun dahulu apabila kediaman Anwar di Bukit Damansara, Petaling Jaya diserbu anggota polis dan menjadi tumpuan orang ramai sehingga tercetusnya gerakan reformasi.
Sumber: Astro Awani Foto: IG Izzah / Google
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024