Laman Utama

“Sebab Tu Kita Tak Boleh Judge” - Buat Live, Tiba-Tiba Adik Kena Sawan? Tindakan Usahawan Ini Dipuji Ramai!

Hanafis Haris
14/04/2022
07:25 MYT
Sponsor Banner
“Sebab Tu Kita Tak Boleh Judge” - Buat Live, Tiba-Tiba Adik Kena Sawan? Tindakan Usahawan Ini Dipuji Ramai!

Seorang usahawan yang terkenal dengan jualan bengkung memcetuskan rasa panik netizen apabila adik lelakinya secara tiba-tiba diserang penyakit sawan.

Kejadian mencemaskan itu berlaku ketika usahawan dikenali sebagai Mok Kay sedang membuat siaran langsung di akaun TikTok.

Menerusi video dimuat naik, adik lelakinya itu pada awalnya bersikap normal.

Namun, dia kemudian mula diserang penyakit sawan sejurus Mok Kay beredar untuk mengambil ubat.

Susulan daripada kejadian itu, Mok Kay cuba menenangkan adiknya dengan mengusap di bahagian belakang badannya.

“Masa ni tengah buat live, promo bengkung MokKay tiba-tiba adik sawan,” tulisnya sebagai kapsyen.

Video berkenaan kemudian tular di akaun TikTok dan sehingga artikel ini ditulis, ia telah ditonton sebanyak 94,300 kali.

@mokkay_1 adik kita ni sawan ...special hihihihi..kita upload video ni second time sebab ramai sgt tgk asyik kena bann..macam macamlaa..thanks semua yg prihatin@kayixara ♬ original sound - Mok Kay

Sementara itu, menerusi ruang komen, ramai netizen yang terharu dengan sikap murni dan bertanggungjawab Mok Kay.

Malah, ramai yang memberi komen positif serta semangat untuk usahawan tersebut untuk menjaga ‘anak syurga’ itu.\

Tidak kurang juga yang meminta supaya orang ramai tidak mengadili penampilan Mok Kay.

“Sebab itu kita tak boleh judge orang, kita tak tahu kebaikan orang”.

“Penghuni syurga Insya-Allah”.

“Percayalah dengan kebaikan, pasti Allah beri hadiah pada Mok Kay,” tulis beberapa netizen.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024