Laman Utama

Sebab Nak Jimat Air, Jarang Mandikan Anak Dan Tunggu Hingga Berbau? Kristen Bell Beri Penjelasan

Mya Amri
12/08/2021
14:15 MYT
Sponsor Banner
Sebab Nak Jimat Air, Jarang Mandikan Anak Dan Tunggu Hingga Berbau? Kristen Bell Beri Penjelasan
Pelakon Hollywood, Kristen Bell dan suaminya, Dax Shepard mempunyai alasan tersendiri selepas mengaku mereka jarang memandikan anak.
Pasangan itu mendedahkan perkara itu dalam satu temubual bersama Daily Blast Live.
Jelas mereka, perkara itu sebagai salah satu langkah untuk menjimatkan penggunaan air tambahan pula wilayah tempat tinggal mereka di California sedang mengalami krisis air.
“Ia bukan lah satu gurauan yang saya menunggu untuk mereka berbau. Itu caranya memberitahu bila tibanya waktu mereka perlu mandi.
“Ini seperti tanggung jawab terhadap persekitaran anda. Kami tidak mempunyai banyak air, jadi ketika saya mandi, saya akan membawa anak-anak sekali supaya kami dapat menggunakan air pancuran yang sama,”
Kristen Bell berkahwin dengan Dex Shepard pada 2013 dan dikurrniakan dua anak perempuan iaitu Lincoln, 8, dan Delta, 6.
Minggu lalu pasangan ini mendapat perhatian netizen selepas mendedahkan mereka akan memandikan anak selepas mereka berbau.
Selain mereka, pasangan Asthon Kutcher dan Mila Kunis juga hanya akan memandikan anak anak mereka bila perlu.
Sumber: pagesix.com/ Daily Blast Live YouTube
Kredit foto: People.com / E! Online
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024