Laman Utama

“Sayang Aku Tak?”- ‘Try’ Syura, Ramai Risau Lan Solo Kena Tidur Luar

Syafiqah Jalal
19/03/2021
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Sayang Aku Tak?”- ‘Try’ Syura, Ramai Risau Lan Solo Kena Tidur Luar
Gelagat penyanyi Lan Solo yang dilihat berseloroh cuba mengorat penyanyi Syura telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Lan menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya memuat naik video dan bertanya kepada Syura samada sayang pada dia atau tidak.
“Sayang aku tak?” tanya Lan.
Syura bagaimana pun akui menyanyangi Lan sebagai kawan rapat atau BBF sejak mereka berdua belum berumah tangga lagi.
“Dari dulu ‘try’ tak dapat-dapat.. agak-agak kali ni kalau ‘try’ bole dapat tak?
“Part last video terpaksa potong atas sebab-sebab yang memalukan aku jatuh kerusi baq hang,”tulis Lan dalam kapsyen.
Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memberi pelbagai pandangan termasuk bimbang dimarahi isteri Lan.
“Risau tidur luar jer ni nanti,” komen salah seorang netizen.
“Hmm bau-bau tidur luar je ni abang,” bimbang salah seorang warga net.
“Zaman sekarang taka da istilah BFF oi, apa lagi dengan laki atau bini orang,” nasihat salah seorang warga maya.
Lan mendirikan rumah tangga dengan Sheila Hassim mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan mereka mempunyai empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5 dan Nur Amna Quxandra, 3 tahun.
Sementara Syura merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak sejak tahun 2016.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024