Berita

"Saya Tidak Akan Membuat Permohanan Maaf Atau Membayar Sebarang Pampasan" - Sajat Nafi Pernah Minta Tukar Jantina

Rozaimi Zubaidi
18/06/2019
03:37 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tidak Akan Membuat Permohanan Maaf Atau Membayar Sebarang Pampasan" - Sajat Nafi Pernah Minta Tukar Jantina
Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad atau turut dikenali sebagai Nursajat enggan membuat permohonan maaf terhadap seorang individu bernama Yusmiliati Mohamed Yusof selepas mendakwa telah dianiaya.
Menurut laporan mStar Online, Sajat turut menafikan pernah membayar bagi mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen menukar maklumat jantina di dalam MyKad seperti yang didakwa Yusmiliati.
"Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat permohanan maaf atau membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut individu tersebut.
"Sebab saya pun tidak kenal dan tidak pernah bertemu dengan dia, semua yang didakwa itu juga tidak benar.
"Saya tidak ada kena mengena pun sebab yang buat laporan polis itu pembantu saya, jadi kenapa pula saya yang kena minta maaf" katanya.
{BACA:Gagal Tukar Jantina Di Kad Pengenalan... Wanita Ini Minta Nursajat Mohon Maaf Dalam Tempoh 48 Jam}
Semalam menerusi satu sidang media, Yusmiliati berkata dia dikenalkan seorang rakan dengan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sekitar Jun 2017.
Yusmiliati juga mengakui beberapa kali bertemu dengan Sajat dan pembantunya, Ashaari Maznan bagi mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen berkaitan permohonan menukar maklumat jantina dalam MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Ogos 2017.
Bagaimanapun permohonan tersebut ditolak kerana Sajat didakwa gagal mengemukakan beberapa dokumen rasmi perubatan yang mengatakan dirinya khunsa.
Akibat tidak berpuas hati kerana permohonannya gagal, Sajat dan pembantunya yang didakwa turut mahu menukar maklumat jantina dalam MyKad membuat laporan polis terhadap Yusmiliati pada 29 Ogos 2018 atas tuduhan menipu.
Disebabkan itu, Yusmiliati ditahan reman selama empat hari pada 1 Januari lalu di Balai Polis Ampang atas kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Malah, Yusmiliati turut dituduh di Mahkamah Majistret Ampang atas dua tuduhan iaitu menipu dan kes masih dalam proses sebutan disebabkan dia mengaku tidak bersalah.
Sumber:mStar Online
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024