Hiburan

“Saya Tenung Ja Alat Penguji Kehamilan Tu Selama 45 Minit..” – Eyra Hazali

Zulaikha Yusof
21/02/2020
06:20 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tenung Ja Alat Penguji Kehamilan Tu Selama 45 Minit..” – Eyra Hazali
Aktres Eyra Hazali akui dia terkesima selama beberapa minit selepas tahu dirinya kini sedang berbadan dua.
Jelas Eyra dia dan suami, Muhammad Haziq Nadzli yang juga merupakan penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara tidak menyangka akan diberi rezeki anak seawal ini.
“Kandungan saya dah nak masuk tiga bulan. Kami memang ada rancang untuk dapat anak tahun ni tapi tak sangka pulak terlalu awal.
“Masa dapat tahu je dalam perut ini berisi, saya tenung ja alat penguji kehamilan tu selama 45 minit. Saya tak tahu nak buat apa dengan pada masa tu Haziq pergi latihan,” katanya kepada Gempak.
Eyra telah ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda di mmCineplexes, e-Curve, Damansara.
Dalam pada itu, pelakon drama Mr.Grey ini menjadikan ibunya sebagai tempat rujukan untuk menimba ilmu pengetahuan memandangkan usianya masih muda.
“Macam saya banyak ambil pengalaman daripada ibu sendiri. Dia ada lapan orang anak jadi rujuk kepada dia walaupun kami banyak bergaduh.
“Selain itu, ibu mertua pun banyak kongsi dan saya lebihkan masa membaca di Google. Doktor ada juga menasihati saya supaya tidak terlampau kuat bekerja.
“Dia juga berpesan supaya jangan terlampau dengar apa yang netizen cakap,” katanya lagi.
Eyra dan Haziq berkahwin pada 1 November 2019 selepas dua tahun berkenalan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024