Laman Utama

“Saya Takkan Serik…” Zed Zaidi Kongsi Kisah 7 Jam Dalam Lokap

Shahrin Zulkifle
15/10/2022
09:30 MYT
Sponsor Banner
“Saya Takkan Serik…” Zed Zaidi Kongsi Kisah 7 Jam Dalam Lokap

Pernah didakwa atas pertuduhan berkongsi berita palsu tentang jangkitan Covid-19, Presiden Seniman, Zed Zaidi mendedahkan dia telah pun dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dan didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Sepang pada 15 September 2020.

Jelas Zed, 42, dia yang juga telah di tempatkan di dalam lokap selama tujuh jam sebelum diikat jamin, meluahkan rasa syukur kerana akhirnya telah dibebaskan.

“Di atas kemenangan ini saya rasa sangat bersyukur kerana saya berada di pihak yang benar dan bebas daripada pertuduhan kes berita palsu itu.

“Saya tahu apa yang menimpa saya ini adalah bertujuan untuk merosakkan imej saya sebagai Presiden Seniman dan berunsurkan mainan politik juga.

“Saya sempatlah merasa duduk di lokap dalam tujuh jam bersama-sama empat orang lagi tahanan lain sebelum diikat jamin,” katanya.

Zed ditemui ketika majlis palancaran Astana Event Louge bertempat di Skypark, One City, USJ, Subang Jaya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Zed menegaskan dia sama sekali tidak akan serik untuk terus bersuara demi memastikan nasib penggiat seni terbela.

“Walaupun pernah didakwa dan duduk lokap, saya tidak akan serik untuk terus lantang bersuara memperjuangkan isu-isu yang melibatkan penggiat seni indsutri Malaysia.

“Pengalaman itu juga mengajar saya untuk jadi manusia lebih baik dan terus berkhidmat kepada masyarakat,” tambahnya.

Terdahulu, pemilik nama penuh Rozaidi Abdul Jamil, hadir ke Mahkamah Sepang pada Januari 2020 bagi memberi keterangan berhubung tindakannya berkongsi berita palsu tentang jangkitan Covid-19.

Zed juga telah didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan kerana menyebar berita palsu dalam laman sosial Twitter berkaitan virus Covid-19 pada Januari 2020.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024