Hiburan

"Saya Tak Mahu Mereka Rentas Negeri Walaupun..." - Roslan Salleh Reda Anak Tak Balik Beraya

Hanafis Haris
24/05/2020
00:13 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Mahu Mereka Rentas Negeri Walaupun..." - Roslan Salleh Reda Anak Tak Balik Beraya
Biarpun kesihatannya semakin uzur dan kerap mengalami jangkitan paru-paru, namun pelakon veteran Roslan Salleh tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan untuk anak-anaknya merentas negeri.
Menurut Roslan atau lebih mesra disapa Pak Lan, dia menerima hati yang terbuka sekiranya anak dan cucunya tidak pulang berhari raya.
"Saya memang tak galakkan mereka balik, biarlah duduk je beraya di rumah masing-masing.
"Daripada merentas negeri bawa penyakit yang kita tidak tahu baiklah kita berkorban sedikit tahun ini," katanya.
Menurutnya, dia juga tidak mahu mengambil kesempatan atas tahap kesihatan yang dialaminya ketika ini.
"Saya memang la dah sihat, baru-baru ni pun masuk hospital sebab batuk berdarah. Tapi saya dan isteri ok je beraya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kali ini.
"Lagi pun anak bongsu saya ada ni ha teman, dua je yang tak dapat beraya dengan kami tahun ni.
"Jadi jangan la pandai-pandai balik rentas negeri, ala kali ni je kita raya jauh dari keluarga," katanya kepada Gempak.
BACA: Badan Makin Uzur & Tak Larat Berjalan...Apa Nasib Bisnes Daging Dendeng Pak Lan? Ini Luahan Empunya Diri!
BACA: "Saya Mungkin Dah Tak Kuat Tapi Semangat Saya..."- Seminggu Di Hospital, Roslan Salleh Alami Batuk Berdarah &...
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024