Laman Utama

“Saya Rasa Macam Dia Salah Pilih Orang…” - Remy Ishak

Asyikin Mayudin
30/01/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Rasa Macam Dia Salah Pilih Orang…” - Remy Ishak
Bakal tampil dengan filem seram, pelakon Remy Ishak mengakui seakan tidak percaya apabila pengarah Dain Said mahukan dia membintangi Harum Malam.
Pertama kali bekerja dengan pengarah berprofil tinggi itu, Remy berkata dia berasa agak kekok ketika minggu pertama penggambaran filem tersebut.
“Saya rasa ini adalah filem seram saya yang pertama dan sememangnya ini adalah filem pertama saya bekerja dengan Dain Said.
“Jadi bila saya dapat tawaran, saya macam tak percaya sama ada betul ke Dain tawarkan pada saya. Saya rasa macam dia pilih salah orang. Saya turut periksa dengan pengurus saya.
“Sebab Dain adalah pengarah berprofil tinggi, jadi saya juga bercakap dengan Bront Palarae untuk lebih yakin. Dan jujurnya minggu pertama penggambaran memang kekok.
“Tapi lama kelamaan semuanya okay kerana Dain juga banyak bantu menenangkan pelakonnya,” kata Remy kepada Gempak.
Selain menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang menarik, Remy turut akui dia sukakan naskhah arahan Dain itu, kerana baginya ia sebuah cerita hantu yang berbeza dari sedia ada.
Filem Harum Malam bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari depan.
Filem terbitan Apparat dan kerjasama dengan D'Ayu Pictures dan Skop Productions ini turut dibintangi oleh Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024