Laman Utama

"Saya Nak Pergi Tandas Pun Dia Nak Ikut" - Fizo Omar Nafi Abaikan Anak Sendirian, Mohon Jangan Keruhkan Keadaan

Amri Hassan
18/01/2022
22:50 MYT
Sponsor Banner
"Saya Nak Pergi Tandas Pun Dia Nak Ikut" - Fizo Omar Nafi Abaikan Anak Sendirian, Mohon Jangan Keruhkan Keadaan
Pelakon Fizo Omar menafikan dakwaan sengaja membiarkan anak perempuannya, Wan Maryam bersendirian ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor Bahru baru-baru ini.
BACA: Mawar Karim Terkejut Maryam Kata 'Sad' Masa Bercuti Di Taman Tema Dengan Fizo Omar - "Mungkin Ini Remeh, Tapi Bagi Saya Tidak"
Jelas Fizo, dakwaan itu tidak berasas memandangkan dia dan Maryam sangat rapat. Tambah pula kedua-duanya punyai masa yang terhad untuk bersama-sama selepas Fizo dan Mawar Karim bercerai.
"Saya sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi sehinggalah ada individu yang kongsikan kepada saya. Percutian kami pada hari itu sangat baik dan gembira.
"Logik ke saya buat begitu? Semua tahu bagaimana rapatnya hubungan saya dengan anak. Saya nak pergi tandas pun dia nak ikut.
"Saya hanya dapat berjumpa dengan Maryam dua kali sahaja dalam sebulan iaitu pada hujung minggu. Itu adalah masa yang saya sentiasa tunggu.
"Bila masa saya dengan Maryam memang tak ada siapa boleh kacau. Itu cara saya hargai masa saya dengan anak.
"Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia. Saya bawa anak ke taman tema tersebut yang sememangnya khusus untuk kanak-kanak dan logik ke kalau nak tinggalkan dia seorang diri?
"Kami pergi ke sana seramai tujuh orang dan masuk akal ke kalau dia dibiarkan seorang diri, manakala kami semua sibuk bermain?" ujarnya.
Justeru, Fizo berpendirian untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan dan bertegas untuk tidak saling membalas tuduhan yang tidak logik hanya disebabkan sekeping foto disebarkan kepada Mawar.
"Maryam rapat dengan isteri saya yang dipanggil dengan panggilan ummi. Sekali lagi saya katakan tak logik jika dia diabaikan. Saya tak nak keruhkan keadaan lagi.
"Rasanya tidak perlulah saya membalas kenyataan tidak benar hanya kerana sekeping gambar. Orang tidak tahu hal sebenar secara tiba-tiba nak serang saya. Sebagai bapa saya menjalankan tugas dengan baik," katanya.
Terdahulu, Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024