Hiburan

'Saya Nak Ikat Macam Mak Cik Jual Pisang Goreng, Tapi Orang Nampak Macam Rahib' - Alyah

Amri Hassan
19/09/2017
11:04 MYT
Sponsor Banner
'Saya Nak Ikat Macam Mak Cik Jual Pisang Goreng, Tapi Orang Nampak Macam Rahib' - Alyah
Penyanyi Datin Alyah menegaskan dia tidak sesekali berniat untuk mencetuskan kontroversi dengan memakai baju menyerupai rahib.
Jelas Alyah, skaf yang digayakan secara santai untuk memudahkan pergerakannya sempena sebuah acara di ibu kota minggu lalu tidak semena-mena menjadi isu besar hingga melibatkan agama.
"Saya sukar untuk menyanyi apabila bahagian hadapan leher saya terhalang, jadi saya memutuskan untuk mengikat skaf itu ke belakang leher seperti gaya mak cik jual pisang goreng.
"Tetapi tidak sangka pula orang melihat saya menggayakan skaf itu seperti rahib.
"Tambah pula warna pakaian yang saya pilih untuk acara itu pula cuma hitam dan putih. Padahal asalnya saya mahu imej ala-ala formal," jelas Alyah.
Selepas acara itu, Alyah mengakui dia menerima pelbagai kritikan dan komen negatif daripada netizen yang menyelar tindakannya memakai pakaian sedemikian.
Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu bagaimanapun telah menjelaskan perkara terbabit di Instagram namun menutup ruang komen bagi mengelakkan isu tersebut berlarutan.
Sementara itu, Alyah muncul menerusi single terbaharu berduet dengan penyanyi Farawahida berjudul Mengapa Harus Aku.
"Ini lagu duet saya bersama Farawahida dan saya memilihnya kerana vokal yang unik dan tona suara kami yang berbeza," tambahnya.
Muzik video lagu Mengapa Harus Aku ciptaan Alfie Alwi dan Alyah itu akan ditayangkan di Youtube malam ini.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @alyah81
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024