Berita

“Saya Makan Nenas Untuk Keluarkannya”- Sharifah Sakinah Terpaksa Gugurkan Kandungan

Syafiqah Jalal
25/06/2018
09:20 MYT
Sponsor Banner
“Saya Makan Nenas Untuk Keluarkannya”- Sharifah Sakinah Terpaksa Gugurkan Kandungan
Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan kandungannya ketika hamil anak kedua telah digugurkan atas nasihat doktor.
Sakinah memberitahu Harian Metro, ketika dia hamil itu anak pertamanya, Anais Adha baru sahaja berusia empat bulan dan atas faktor keselamatan dan kesihatan ia terpaksa digugurkan.
"Ketika itu, memang tidak menjangka hamil anak kedua. Saya sangat gembira. Namun, apabila dinasihati untuk buang, saya sedih.
“Saya diberi tempoh seminggu dan saya makan nenas untuk keluarkannya.
"Sebenarnya, perkara itu sangat berisiko kerana membabitkan kesihatan dan keselamatan. Malah, doktor pun tidak mahu ambil risiko.
"Kalau bersalin secara pembedahan, paling 'gengster' pun untuk hamil anak kedua adalah selepas enam bulan.
“Tetapi ketika itu, anak pertama saya baru empat bulan selepas dilahirkan melalui pembedahan pada 24 Mei tahun lalu," katanya.
Menurut Sakinah, pada waktu itu, dia bersedia menimang cahaya mata kedua.
"Pada masa itu, saya okey saja untuk anak kedua. Saya bersedia menjaga dan menguruskan anak meskipun jarak usia mereka dekat. Malah, semua aktiviti seni dan lakonan akan ditunda.
"Namun, untuk sekarang belum bersedia sebab saya sangat sibuk. Malah, masa bersama anak pun terhad. Insya-Allah kalau tahun depan semuanya okey dan kerja pun tak banyak, baru boleh fokus tambah anak lagi," katanya.
Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, juruterbang, mendirikan rumah tangga pada Mac 2015
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024