Laman Utama

“Saya Gurau Jer”- Isu Anak, Haqiem Rusli Minta Jangan Salah Faham

Syafiqah Jalal
01/03/2022
05:27 MYT
Sponsor Banner
“Saya Gurau Jer”- Isu Anak, Haqiem Rusli Minta Jangan Salah Faham
“Jangan salah faham, saya bergurau sahaja,” kata Haqiem Rusli menjawab persoalan tentang khabar angin yang mendakwa isterinya, Anis Sofea, 20, kini sedang hamil.
Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Ruslim, 24, menjelaskan perkara tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) dalam Insta Story miliknya semalam.
Kata Haqiem buat masa ini isterinya masih belum hamil dan meminta agar mendoakannya.
“Buat masa sekarang belum ada lagi (anak) tetapi kami minta doa anda semua supaya dapat menimang anak pertama. Jangan slaah faham,” jawabnya dalam sebuah video.
Sejak dua hari lalu, tular sebuah video milik jurugambar, Aqo Imran memaparkan Haqiem bercakap tentang anak yang bakal dilahirkan.
BACA: “Anak Coming Soon”- Haqiem Rusli
Sebelum ini, Haqiem ada memberitahu masih belum bersedia menimang cahaya mata memandangkan usianya dan Anis masih muda.
Sekadar info, Haqiem dan Anis selamat bergelar suami isteri di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024