Laman Utama

“Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Keduanya” - Anak Tak Masuk Campur Masalah Cinta Bapa & Anju

Mya Amri
14/02/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Keduanya” - Anak Tak Masuk Campur Masalah Cinta Bapa & Anju
Susulan kontroversi melibatkan hubungan pelakon, Zarina Anjoulie dengan Datuk Seri Khazrul Elzey, kini anak bekas tunangnya pula menjadi perhatian netizen.
Bagaimanapun, wanita yang dikenali sebagai Syahreen Khazrul itu menyatakan dirinya tidak menyebelahi mana-mana pihak selain tidak mahu masuk campur dalam hubungan cinta bapanya.
Syahreen memaklumkan perkara itu di Insta Stories miliknya selepas menjawab soalan menerusi ruangan Send Me Anonymous Message.
Dalam ruangan itu, seorang pengikut bertanyakan sama ada selepas masalah hubungan cinta bapanya menjadi tular adakah memberikan kesan pada kerjaya Syahreen yang juga merupakan seorang usahawan.
“Insya-Allah tak, sebab saya tak campur pun urusan bapa saya dan sebenarnya bagaimana cara anda menangani masalah tersebut.
“Saya tak menyebelahi bapa saya, saya tak menyebelahi mama Anju, tetapi saya percaya bapa seorang yang cukup kuat untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik.
“Saya sebagai seorang anak perempuannya doakan yang terbaik untuk keduanya,” jelasnya.
Terdahulu, tindakan Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju memadamkan gambar-gambar bersama tunangnya itu menimbulkan pelbagai spekulasi netizen.
Lebih-lebih apabila Anju turut naik gambarnya di Instagram dengan kapsyen ringkas “Broken tapi masih bertahan,"
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024