Laman Utama

"Saya Boleh Menyanyi & Ada Suara" - Che Ta Pot Pet Tak Autotune, Dah 10 Tahun Sebenarnya Jadi Penyanyi

Amri Hassan
28/04/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
"Saya Boleh Menyanyi & Ada Suara" - Che Ta Pot Pet Tak Autotune, Dah 10 Tahun Sebenarnya Jadi Penyanyi
Usahawan dan pengasas produk kecantikan, Che Ta Pot Pet menangkis dakwaan segelintir netizen bahawa bahawa kemunculannya dalam dunia seni sebagai penyanyi merosakkan industri muzik tempatan.
Biarpun ada segelintir usahawan tempatan yang memiliki kelebihan daripada segi modal dan kewangan untuk merakamkan lagu, Che Ta Pot Pet atau nama sebenarnya Rozita Bahrom, 35, yakin akan bakatnya sendiri.
"Mereka (netizen) tahu saya usahawan jadi mereka akan cakap ‘autotune’.
"Kalau tengok di ruangan komen YouTube Rusa Music misalnya memang ada tulis ‘bolehlah dia ni banyak duit, jadi memang autotune’, ‘standard lah pengasas produk kan macam tu’.
"Tapi bagi saya, ia bergantung sebab itu duit sendiri dan masing-masing boleh buat apa yang dia nak dengan duit itu. Apa yang penting orang minat kita sebab itulah aura kita.
"Saya boleh menyanyi dan ada suara. Baru-baru ini saya ada buat persembahan. Saya dulu menyanyi dengan ‘live band’ bersama kumpulan Tribute Crew. Tiga tahun lebih menyanyi di kelab. Antara di Hard Rock Penang, majlis, tapi tak adalah pada acara besar sangat. Kadang-kadang gantikan orang sahaja. Pernah juga menyanyi dengan Shidi DATA," ujarnya kepada Gempak.
Che Ta juga pengasas produk Secret Desire pernah muncul dengan single sulung Aku Yang Kau Mahu beberapa tahun lalu malah dia pada awalnya bercita-cita menjadi penyanyi dan pernah menyertai uji bakat program Akademi Fantasi musim keempat.
"Saya boleh menyanyi secara langsung dan tak segan sebab sudah pernah buat persembahan. Cita-cita memang nak jadi penyanyi tapi tak boleh nak ke depan dengan bidang ini.
"Saya pernah pergi uji bakat AF 4. Masuk peringkat kedua tapi terkeluar sebab suara tak matang lagi masa tu. Tapi selepas itu saya teruskan menyanyi dan rasa syok sendiri sebab ramai kata boleh menyanyi. Sebab itu apabila sudah ada duit saya rasa nak buat single. Jadi kita penuhi cita-cita dengan duit sendiri," katanya.
Biarpun video muzik lagu yang dilancarkan pada 2020 itu baru mencecah lebih 52,000 tontonan, Che Ta tetap optimis untuk menghasilkan single kedua tahun ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024