Laman Utama

"Saya Akui Terlalu Ikut Emosi ..." - Lelaki Tengking Staff Drive Thru Mohon Maaf, Takut Terus Kena Body Shaming Netizen

Amri Hassan
01/02/2022
04:45 MYT
Sponsor Banner
"Saya Akui Terlalu Ikut Emosi ..." - Lelaki Tengking Staff Drive Thru Mohon Maaf, Takut Terus Kena Body Shaming Netizen
Pelanggan lelaki yang viral videonya menengking pekerja kaunter drive thru restoran makanan segera McDonald's (McD) tampil membuat permohonan maaf pada Isnin.
BACA: "Tunjuk Bod*h Sendiri" - Biadab Dengan Pekerja Drive Thru, Lelaki Ini Dikecam Teruk Netizen!
Mengakui akan kesilapannya, kata lelaki berkenaan, situasi itu tercetus kerana terlalu mengikutkan emosinya.
"Saya telah menghubungi pekerja dan pengurus restoran makanan segera itu bagi menyatakan kekesalan terhadap kelakuan saya yang telah tular di Twitter.
"Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama di masa akan datang. Saya juga mengakui bahawa saya terlalu mengikut emosi ketika kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan bertulis menerusi video yang dimuatnaik di saluran YouTube.
Selain itu, dia juga telah memohon maaf kerana tidak menyatakan ucapan maaf itu secara video lisan kerana bimbang terus dilemparkan kata-kata negatif terhadap fizikalnya.
"Saya bimbang akan wujud body shaming terhadap saya yang akan mengganggu emosi dan kesihatan saya," tambahnya.
Lelaki berkenaan tular di media sosial selepas video yang dikongsinya di media sosial miliknya yang menengking pekerja drive thru McD diperkatakan ramai.
Dia berang selepas pekerja terbabit bertanya mengenai jumlah ketulan ayam goreng yang ingin dibelinya ketika sedang beratur lantas meninggikan suara.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024