Hiburan

"Sampai Sekarang Masih Menyepi? Kami Juga Bayar Cukai" -Arash Mohd Mahu Jawapan & Tindakan Dari Kementerian

Badrul Hashim
14/05/2020
00:15 MYT
Sponsor Banner
"Sampai Sekarang Masih Menyepi? Kami Juga Bayar Cukai" -Arash Mohd Mahu Jawapan & Tindakan Dari Kementerian
Semakin ramai penggiat seni yang mengeluh apabila pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia dikatakan masih berdiam diri tentang situasi kerja untuk mereka.
Beberapa akhbar tempatan juga sudah menyuarakan isi hati penggiat-penggiat seni ini yang mana memerlukan kerja untuk kesinambungan hidup.
Salah seorang pelakon yang bersuara adalah pelakon Arash Mohd yang masih ingin tahu jawapan dan tindakan daripada pihak kementerian untuk membantu penggiat seni yang masih terhenti dari meneruskan kerja mereka.
"Sampai sekarang masih menyepi? Apa tindakan menteri di Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia? #kkmm #kkmmalaysia Kami nak kerja. Kelonggaran PKPB dah diumumkan.
"Sektor kerajaan yang berurusan dengan ramai orang pun dah mula beroperasi. Jangan pinggirkan kami di sektor Bidang Kreatif! Bagitau kami apa SOP yang perlu kami patuhi. Kami akur!" tulis Arash pada satu entri di Instagram miliknya.
Tambah Arash di bahagian komen entri tersebut, dia bersuara bagi semua pihak yang terlibat dalam bidang seni yang perlu kembali bekerja untuk kesinambungan hidup.
"Jangan lupa ye, kami juga sebahagian daripada yang membayar cukai kerajaan!" tulis Arash lagi.
Arash Mohd atau nama sebenarnya Azman Shah Ramlee merupakan dramatis yang memulakan kerjaya sejak 1996 sehingga kini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024