Laman Utama

“Sampai Bila Nak Guna Imej Yang Sama” - Ubah Penampilan, Ara Johari Nak Cuba Korean Look, Ottoke!

Azwa Rahman
12/06/2021
09:40 MYT
Sponsor Banner
“Sampai Bila Nak Guna Imej Yang Sama” - Ubah Penampilan, Ara Johari Nak Cuba Korean Look, Ottoke!
Penyanyi Ara Johari mengakui sedang cuba untuk menukar penampilannya kepada sesuatu yang lebih feminin berbanding imej terdahulu yang agak kasar.
Menurut Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 24, dia merupakan penggemar imej wanita Korea dan cuba menerapkan penampilan tersebut di dalam video muzik terbarunya.
“Ara memang suka imej Korean tapi dulu Ara tak berani nak cuba. Ara takut persepsi netizen tak boleh terima Ara imej begitu sebab nampak Ara kasar kan.
Sekarang pun nak cakap Ara berubah kepada imej feminin tu tidak jugak sebab Ara pakai apa yang selesa dan selagi benda tu cute, Ara akan pakai.
“Tapi untuk video muzik lagi terbaharu Tetap Aku Cinta ni, Ara cuba berimej Korean dan melihat respon orang cakap sesuai,” ujarnya kepada Gempak.
Ara ditemui ketika majlis pelancaran video muzik single terbaharunya, Tetap Aku Cinta yang berlangsung secara maya.
Lagu Tetap Aku Cinta yang dilancarkan pada 4 Jun lalu mendapat sentuhan komposer dan penulis lirik, Amy Bong dan Furhan.
Tambah Ara lagi, melihat daripada maklum balas peminat, ada yang memberikan pujian terhadap perubahan imej tersebut namun tidak kurang ada yang mahukan dia kembali kepada penampilan asal.
“Ada je peminat yang tegur imej Ara, ada yang positif, ada yang negatif. Ada juga yang lebih sukakan imej Ara yang dulu tapi kita just nak jadi diri sendiri dan sampai bila kita nak stay dengan imej yang sama. Kita kena tingkatkan diri kita kepada sesuatu yang lebih baik.
“Dari segi family pula, mak dan ayah Ara tak kisah dengan apa sahaja yang Ara pilih asalkan jangan buat benda yang bukan-bukan.
“Sekarang Ara cuba untuk jadi lebih feminin tapi taklah sampai pakai dress cuma more to Korean look, skirt pendek. Tapi untuk dress, Ara tak berani lagi nak ke arah tu,” jelasnya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024