Hiburan

"Sampah Merata-Rata, Beratus-Ratus Lipas Muncul, Toilet Berkulat, Penuh Dengan Rambut .." - Zoey Rahman Bengang Rumah Sewa Dikerjakan Warga Asing

Zulaikha Yusof
24/07/2019
04:10 MYT
Sponsor Banner
"Sampah Merata-Rata, Beratus-Ratus Lipas Muncul, Toilet Berkulat, Penuh Dengan Rambut .." - Zoey Rahman Bengang Rumah Sewa Dikerjakan Warga Asing
Pelakon Zoey Rahman akui berasa serik menyewakan rumah sewanya kepada penyewa warga asing.
Menurut Zoey rumahnya ditinggalkan dalam keadaan sangat kotor dengan dipenuhi lipas malah ada kerosakan yang berlaku.
"Kim** betul lah, serik dah bagi sewa rumah dekat foreigners.
"Hati sapa tak sakit bila kau tengok rumah kau rosak teruk sebab penyewa tak pandai jaga, mula-mula beria cakap akan jaga rumah rumah elok-elok, last-last hancur rumah aku!!! Huh panas hati!!!!
"Kalau nak sewa itu, jaga la elok-elok, inikan amanah.
"Bayangkan sampah makanan merata-rata, beratus-ratus lipas muncul, toilet berkulat, penuh dengan rambut. Pitam," kongsinya.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan di Instagram (IG) miliknya, Zoey meluahkan rasa kecewa terhadap sikap penyewa yang tidak menjaga amanah sebaik mungkin.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Zoey terkejut melihat situasi sebenar yang berlaku.
"@dyll_deewana: Eeeuuuuu!! Cannot go dengan lipas!"
"@olien84: Foreigner memang selekeh pun, pengotor, ganas. Habis pecah barang dalam rumah. Alang-alang nak bagi sewa tu kau naikkan 5x ganda. Kerosakkan nanti kita juga yang tanggung."
"@aishah_ramans: Omg serious kotor. Sabar je la zoey."
"@shahdaniel82: Ni teruk tahap gaban ni beb..Aiyoo memang tak la aku pun sewa kan rumah aku nanti kat orang. Biar rumah tu berhantu pun takpe takde penghuni, dari bagi manusia yang bodoh macam haiwan duduk rumah aku. Erghh!"
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024