Gaya Hidup

Sambut Ulang Tahun Ke-13 Tokyo Street, Pavilion KL Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik Bertemakan Maneki Neko Matsuri!

Ainun
27/07/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Sambut Ulang Tahun Ke-13 Tokyo Street, Pavilion KL Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik Bertemakan Maneki Neko Matsuri!
Tokyo Street, lokasi beli-belah yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur menyambut ulang tahun ke-13 menerusi kempen bertemakan Maneki Neko Matsuri.
Menerusi kempen yang berjalan selama sebulan itu, pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman membeli-belah dengan suasana seolah-olah seperti berada di negara matahari terbit, lengkap dengan pelbagai pilihan barangan.
Antara tarikan menarik termasuklah gerai-gerai bertemakan neko, jualan barangan popular dari Jepun termasuklah minuman matcha dan pencuci mulut kegemaran ramai.
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pameran seni oleh artis Chun Yu, yang mengangkat karya bertemakan kucing bertuah, Maneki Neko Matsuri.
Kawasan tersebut diserikan dengan pelbagai perhiasan menarik termasuklah pelita berwarna-warni, pelekat lantai, bendera, figurin dan juga figuran maneki neko.
Antara aktiviti yang menanti pengunjung sehingga 13 Ogos termasuklah pelbagai bengkel tanah liat kucing bertuah maneki neko, menghasilkan beg menggunakan bahan felt dan MeArtTime.
Persembahan FlyHigh Orchestra turut diadakan pada 27 Julai dengan persembahan maskot maneki neko pada 20 dan 28 Julai depan pukul 5PM.
Selain itu, pengunjung turut berpeluang mengambil bahagian menerusi kejohanan permainan kad One Piece pada 27 Julai dari pukul 12 tengah hari hingga 4 petang dan 28 Julai dari pukul 2 petang hingga 4 petang.
Pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM130 dalam satu resit di mana-mana kedai di Tokyo Street layak memutar mesin maneki neko gachapon dan berpeluang menerima hadiah istimewa.
Sementara itu, pembeli yang membelanjakan RM200 di Tokyo Street atau RM300 di semua kedai khusus dalam satu resit akan menerima maneki neko coaster comel, terhad kepada satu penebusan setiap hari.
Pastikan anda turut serta dalam cabutan bertuah Spend & Win. Seramai 13 pemenang akan dipilih untuk menerima jam tangan Casio atau lilin wangi yang diinspirasikan oleh negara Jepun.
Pengunjung hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM130 dalam satu resit di Tokyo Street, dan muat naik resit ke aplikasi mudah alih Pavilion KL atau kunjungi kaunter concierge Tokyo Street di Aras 6 untuk penebusan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar