Laman Utama

Sambut Aqiqah Bunga Elhaq, Elisya Sandha Titip Pesan Supaya Anak Hargai Pengorbanan Orang Tersayang

Azwa Rahman
11/07/2022
02:45 MYT
Sponsor Banner
Sambut Aqiqah Bunga Elhaq, Elisya Sandha Titip Pesan Supaya Anak Hargai Pengorbanan Orang Tersayang
Pelakon jelita Elisya Sandha meraikan majlis aqiqah anak perempuannya, Bunga Elhaq pada hari umat Islam menyambut sambutan Aidiladha.
Menerusi laman sosial Instagram, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan dan suami Uzair Haqimy berkongsi foto-foto momen sepanjang majlis berlangsung untuk tatapan umum.
Dalam pada itu, menantu kepada pasangan penerbit terkenal Sheila Rusly dan Jinggo ini turut menitipkan nukilan istimewa buat anaknya tentang erti pengorbanan bersempena sambutan Aidiladha.
“Tahun 2022 melahirkan you adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy Bunga Elhaq.
“Pengorbanan daddy you bangun setiap malam untuk tukar pampers dan susukan you.
“Pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah you hari ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian tersebut, ketiga-tiga mereka mengenakan tema serba putih sambil buaian dihiasi bunga-bungaan berona kuning cair.
Tidak hanya itu, pelakon drama Ratu Ten Pin itu mencoret beberapa nasihat untuk dibaca oleh anaknya tatkala dia sudah besar nanti.
“Anak mummy ni sangat bertuah, ramai orang sayang. Bila besar nanti, boleh membaca, i nak you baca mesej ni dan ingat pesan mummy.
“Jagalah hati orang yang sayangkan you, hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya, jangan sia-siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga, betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya.
“Selamat hari raya korban daripada kami bertiga,” ujarnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan kata-kata pujian pada wajah Bunga yang sentiasa comel dan mencuri perhatian.
“Bunga muka daddy, comelnya,” ujar seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, semoga Bunga Elhaq terus membesar jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat,” doa seorang wargamaya.
“Alahai comel betul Bunga. Betul kata Fasha, macam muka Aisha. Semoga membesar jadi anak yang solehah,” puji seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih lebih 70,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Untuk rekod, Elisya dan Uzair bernikah pada 21 Ogos tahun lalu.
Bunga dilahirkan secara pembedahan pada 18 Jun lalu di sebuah hospital di Ampang.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024