Laman Utama

“Salah Tetap Salah…”- Anak Rosmah, Azrene Ahmad

Syafiqah Jalal
03/09/2022
14:34 MYT
Sponsor Banner
“Salah Tetap Salah…”- Anak Rosmah, Azrene Ahmad
Anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Datin Azrene Ahmad tampil bersuara selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan ibunya dipenjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan yang berjalan secara serentak dan didenda RM970 juta atas kes rasuah kelmarin.
Azrene yang juga merupakan isteri kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memberitahu keputusan mahkamah dan denda yang dibuat hakim mahkamah ke atas ibunya adalah tepat dan perlu dihormati.
“Bagi saya, mahkamah telah membuat satu lagi keputusan. Bagi saya, mereka telah membuat keputusan yang betul. Itulah yang perlu kita hormati.
“Biarlah perkara itu habis sehingga ke Mahkamah Persekutuan jika perlu. Kita perlu mempercayai fakta dan keupayaan badan kehakiman kita untuk mencapai penghakimannya tanpa halangan dan tanpa rasa takut,” katanya.
Azrene yang merupakan anak kepada Rosmah menerusi perkahwinan pertamanya berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Kata Azrene lagi apa jua pandangan masyarakat, jika suatu perkara itu sudah ditetapkan salah tetap salah begitu sebaliknya.
“Sebagai seorang anak, ia sentiasa mudah untuk berfikir hanya secara subjektif. Ia sentiasa sukar untuk menjadi objektif dalam pemikiran dan tindakan kita, memandangkan keadaan sosio-teologi yang telah kita terima sejak lahir.
“Walaupun banyak ‘white noise’ subjektif oleh masyarakat kita, budaya dan penerapan agamanya, saya tetap objektif. Betul adalah betul, salah adalah salah terutama apabila ia berkaitan dengan pemimpin walaupun mereka adalah keluarga,” tegasnya.
Tambah Azrene, dia akan terus memperjuangkan kepentingan negara kerana itu merupakan tanggungjawab sebagai manusia dan rakyat Malaysia.
Pun begitu, sebagai anak Azrene tetap akan menitipkan doa buat kedua ibu bapanya dan mengharapkan yang terbaik.
“Sebagai seorang anak, saya hanya boleh terus mendoakan mereka dan mengharapkan yang terbaik walaupun saya menjangkakan yang paling teruk.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 kepada Rosmah yang didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di sekolah luar bandar di Sarawak, kelmarin.
Bagaimanapun, Mohamed Zaini membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan hingga Rosmah mengemukakan rayuan.
Jika gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024