Viral

Sajat Ugut 'Nak Potong' Guna Pisau, PU Amin Buat Laporan Polis?

Amri Hassan
21/09/2018
06:58 MYT
Sponsor Banner
Sajat Ugut 'Nak Potong' Guna Pisau, PU Amin Buat Laporan Polis?
Pendakwah dan peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin telah membuat laporan polis berhubung ancaman yang diterima daripada usahawan kosmetik Nursajat semalam.
Jelas PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 29, laporan itu dibuat susulan perkataan 'potong' dan 'pisau' dalam rakaman video Nursajat.
"Semalam Sajat kata nak potong PU Amin ke? Kebetulan hari ini PU Amin dijadualkan berceramah ‘Maal Hijrah’ dihadapan pegawai pegawai dan bos tertinggi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM.
"Polis minta saya buat report sebab dia cakap ‘potong’ sambil pegang ‘pisau’.
"Saya nak dia minta maaf dan tarik kenyataan dia dahulu. Saya tak suka report report polis ni, tapi Polis yang minta buat.
"Tak apa saya tunggu dia minta maaf dan tarik balik kenyataan dia dahulu. Dato' kata apa-apa roger. Dato' Roze DCP Polis ,Dato Rusli Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil," tulisnya menerusi entri terbaharu di Instagram.
Semalam Sajat kata nak potong PU Amin ke ? Kebetulan hari ini PU Amin dijadualkan berceramah ‘Maal Hijrah’ dihadapan pegawai pegawai dan bos tertinggi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM..? . Polis minta saya buat report sebab dia cakap ‘potong’ sambil pegang ‘Pisau’ . Saya nak dia minta maaf dan tarik kenyataan dia dahulu . Saya tak suka report report polis ni , tapi Polis yang minta buat . Tak apa saya tunggu dia minta maaf dan tarik balik kenyataan dia dahulu.. Dato kata pape roger . Dato Roze DCP Polis ,Dato Rusli Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil..? . Saya tak suka nak panjang panjangkan cerita . Saya nak sajat, luna dan dato alif berhenti untuk promosikan lagu bobo dimana dan saya minta video haram itu dilucutkan dari YOUTUBE . Tidak jumpa dalil yang boleh untuk menghalalkan lagu video bobo dimana . Rakyat Malaysia dah bersuara untuk menolak lagu dan music video bobo dimana . Kalau sayangkan generasi ummat islam , tolonglah lembut hati dengar nasihat dan teguran ini.. . Kalau dato alif nyanyi bersama perempuan tulen tak apa lah , kami tak mahu promosi transgender songsang di negara ini . Hormati transgender yang sedang dan mahu berhijrah . Sekian . ? . . Sajat Safiey dan geng dorang dah block saya maka sebarkan ini pada mereka . Kita tegas bukan kecam , kita tegas bukan benci , kita tegas bukan menghina . Ini dakwah untuk kebaikan ummat islam di Malaysia.
A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Bagaimanapun, tambah PU Amin, situasi itu tercetus apabila dia meminta penyanyi lagu Bobo Dimana, Datuk Seri Aliff Syukri, Nursajat dan Lucinta Luna menghentikan promosi lagu terbabit.
"Saya tak suka nak panjang panjangkan cerita. Saya nak Sajat, Luna dan Datuk Aliff berhenti untuk promosikan lagu Bobo Dimana dan saya minta video haram itu dilucutkan dari YouTube.
"Tidak jumpa dalil yang boleh untuk menghalalkan lagu video Bobo Dimana.
"Rakyat Malaysia dah bersuara untuk menolak lagu dan music video Bobo Dimana. Kalau sayangkan generasi ummat Islam, tolonglah lembut hati dengar nasihat dan teguran ini," tambahnya.
Kemelut lagu Bobo Dimana mulai tercetus apabila lirik video lagu yang dirakamkan di Indonesia itu didakwa mengandungi elemen lucah dan bersifat keterlaluan.
Namun, ia tidak menghalang ketiga-tiga penyanyi itu untuk mempromosikan lagu viral Bobo Dimana di media sosial.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024