Laman Utama

“Sabarlah, Takkan Jadi Hebat Jika Tak Kuat“ - Isu SOP, Ramai Bagi Kata Semangat Pada Datuk Seri Siti Nurhaliza

Hanafis Haris
05/05/2021
14:20 MYT
Sponsor Banner
“Sabarlah, Takkan Jadi Hebat Jika Tak Kuat“ - Isu SOP, Ramai Bagi Kata Semangat Pada Datuk Seri Siti Nurhaliza

Isu penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang didakwa melanggar SOP berikutan kehadiran seorang pendakwah bebas yang didakwa merentas negeri ketika majlis tahnik masih menjadi perdebatan netizen.

Menerusi pemantau Gempak di beberapa platform media sosial, rata-rata netizen masih tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku.

BACA:Siti Nurhaliza Muat Naik Status Kumpul Pahala Percuma, Peminat Luah Perasaan Kecewa - "Terus Rasa Nak 'Unfollow' Ja"

Namun, dalam pada kecaman yang diterima, masih ramai juga yang tampil memberi sokongan dan kata-kata semangat pada penyanyi berkenaan.

Perkara itu dikongsi Siti menerusi Instagram Storynya semalam.

"Nama pun Afwa. Keampunan. Apalah yang lebih besar Allah akan beri selepas ujian ini Insya-Allah akan baik-baik saja. Kami mendoakan sebanyak-banyaknya kebaikan."

“Sabarlah, takkan jadi hebat jika tak kuat. Takkan jadi besar jika tak sabar.”

“Saya rasa apa yang terjadi pada Siti adalah mangsa viral dan tempat rakyat melepaskan geram,” tulis beberapa individu.

Sekadar info, Siti menjadi perhatian umum selepas majlis tahnik yang dianjurkannya baru-baru ini dipertikai netizen di kala negara masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan isu kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi terkemuka tanah air.

Antara yang dapat dilihat di majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal iaitu Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

Susulan itu, Siti dan suami tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan tersebut dan memohon maaf sekiranya majlis tersebut telah menyebabkan salah faham sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak kemudian mengumukan lapan individu termasuk penganjur majlis itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Selasa untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024