Hollywood

Rogol dan Serangan Seksual, Penerbit Shakespeare In Love Harvey Weinstein Dipenjara 23 Tahun

Fiza Kamarudin
12/03/2020
05:49 MYT
Sponsor Banner
Rogol dan Serangan Seksual, Penerbit Shakespeare In Love Harvey Weinstein Dipenjara 23 Tahun
Penerbit filem Shakespeare In Love Harvey Weinstein dijatuhi hukuman penjara 23 Tahun kerana kesalahan merogol dan melakukan serangan seksual.
Keputusan tersebut dianggap kejayaan bersejarah bagi kempen #MeToo, iaitu gerakan menentang salah laku seksual di Amerika Syarikat.
Weinstein telah disabitkan kesalahan pada 24 Februari lalu selepas perbicaraan di Mahkamah Manhattan.
Malah selepas berita mengenainya disiarkan media, dua orang wanita mendakwa pemenang Oscar itu telah melakukan perbuatan seks jenayah lebih daripada dua tahun.
Sidang mahkamah turut dihadiri semua mangsa wanita yang pernah memberi keterangan terhadap Weinstein mendakwa diri mereka hampir menjadi mangsa.
"Dia telah menggunakan dan menyalahgunakan orang seluruh hidupnya," kata pendakwaraya Joan Illuzzi selepas Weinstein ditolak masuk menggunakan kerusi roda ke kandang tertuduh untuk sessi pendengaran.
Barisan juri mendapati Weinstein bersalah melakukan jenayah seks dengan memaksa seorang pembantu produksi Mimi Haleyi, melakukan seks oral pada tahun 2006.
Dia juga telah disabitkan kesalahan rogol peringkat ketiga kerana menyerang pelakon Jessica Mann, di bilik hotel Manhattan pada tahun 2013.
Weinstein, bagaimanapun didapati tidak bersalah untuk dau pertuduhan paling serius iaitu, rogol darjah pertama dan serangan seksual, dua tuduhan yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup.
"Dari lubuk hati saya yang paling dalam, saya sangat menyesal. Saya cuba menjadi orang yang lebih baik,” katanya kepada hakim James Burke.
Menerusi kenyataannya kepada Burke, Weinstein memberitahu isterinya tidak tahu apa-apa mengenai skandal yang dilakukan.
Dia turut mengadu tidak nampak anak-anaknya hadir ke mahkamah sejak tuduhan dibuat pada akhir tahun 2017.
Kes membabitkan Weinstein adalah yang paling berprofil tinggi, selepas aktor Bill Cosby didapati bersalah pada 2018 kerana memberi dadah dan menyerang secara seksual seorang wanita, 15 tahun sebelumnya.
Sumber/Foto: cnbc.com
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024