Laman Utama

“Risau Efek Vaksin, Teh Tarik Boba Tu...” -  Netizen Pelik Darjat Pfizer & Sinovac Pula Jadi Isu?

Hanafis Haris
01/03/2021
01:20 MYT
Sponsor Banner
“Risau Efek Vaksin, Teh Tarik Boba Tu...” -  Netizen Pelik Darjat Pfizer & Sinovac Pula Jadi Isu?
Sejak semalam, isu perbandingan vaksin COVID-19 iaitu Pfizer dan Sinovac menjadi antara topik perbualan warga maya.

Baik di Facebook mahupun di Twitter, ada saja yang menganggap vaksin Sinovac untuk rakyat kelas bawahan manakala Pfizer untuk VVIP.

Walaubagaimanapun, menurut laman Facebook Publlic Health Malaysia. dakwaan ada dua darjat vaksin adalah tidak betul sama sekali.

“Kami suka menjawab pertikaian ini dalam bentuk analogi. Kita gunakan Tesla dan Bentley sebagai contoh.

“Tesla adalah kereta elektrik, Bentley pula adalah kereta yang menggunakan petrol. Kedua-duanya mempunyai agenda yang sama. Iaitu selamat dan sampai ke destinasi yang dituju.

“Malah untuk katakan sinovac itu produk murahan juga salah. Sebab mengikut infografik yang viral sekarang ini, kosnya lebih sedikit mahal berbanding pfizer.

“Pembelian vaksin akan menerusi pharmaniaga secara pukal dan akan dipakejkan di dalam negara. Pastinya kos akan jadi lebih murah,” katanya pengendali akaun tersebut.

Jelasnya lagi, terdapat empat lagi vaksin yang sedang berusaha untuk mendapat kelulusan Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Percayakan NPRA kementerian. Prosesnya sukar. Bukan mudah untuk bawa vaksin dan digunakan di dalam negara. Merekalah pelindung kita daripada bahaya ubat-ubatan,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, warga maya juga dilihat memberi pandangan yang sama.

Paling menarik, ada yang membandingkan kerisauan vaksin ini seperti minuman teh tarik.

“Apa kecoh sangat tentang side effect vaksin, benda bahaya yang kita ambik setiap hari macam teh tarik jelas membahayakan kesihatan,” tulis seorang warga maya.

Untuk rekod, China memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa vaksin keluaran negara itu selamat dan berkesan.

Ini kerana kerajaannya sentiasa memastikan syarikat vaksin China menjalankan penyelidikan dan pembangunan vaksin dengan mematuhi undang-undang saintifik dan peraturan berkaitan.

Menurut Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, fasa tiga ujian klinikal vaksin Sinovac COVID-19 (CoronaVac) telah dijalankan di banyak negara dengan lebih 36 juta dos vaksin Sinovac telah diberikan di China dan luar negara.

BACA : “Vaksin Sinovac Selamat, Berkesan Dan Halal” - Duta China

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024