Hollywood

Rihanna Dikecam Guna Petikan Hadis Jadikan Lagu Pertunjukan Pakaian Dalam

Amri Hassan
05/10/2020
05:45 MYT
Sponsor Banner
Rihanna Dikecam Guna Petikan Hadis Jadikan Lagu Pertunjukan Pakaian Dalam
Penyanyi antarabangsa Rihanna dikecam hebat apabila menggunakan petikan hadis yang dimuatkan dalam lagu untuk pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya, Savage x Fenty baru-baru ini.
Pertunjukan fesyen yang dilaksanakan dalam format virtual itu memaparkan aksi model yang berpakaian seksi menari dengan berlatar belakangkan muzik tersebut.
Lagu remix berjudul Doom itu difahamkan telah dicipta oleh Coucou Chloe sejak empat tahun lalu dengan menggunakan petikan hadis Nabi Muhammad S.A.W. mengenai hari kiamat. Lagu itu bukan kali pertama digunakan. Ia pernah melatari pertunjukan fesyen Fenty x Puma pada tahun 2017. Rihanna sebelum ini pernah menyentuh sensitiviti umat Islam dunia apabila mempamerkan model berhijab dalam iklan jenamanya. Justeru, ramai yang meminta Rihanna untuk membuat permohonan maaf terbuka berhubung isu tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024