Laman Utama

Remaja Ugut Terjun Flyover, Tertekan Bapa Rampas Telefon Sebab Kerap Main Game

Amri Hassan
17/03/2021
05:25 MYT
Sponsor Banner
Remaja Ugut Terjun Flyover, Tertekan Bapa Rampas Telefon Sebab Kerap Main Game
Gara-gara tertekan ditegur bapa kerana kerap bermain game, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun nekad untuk terjun dari jambatan di KM46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karan pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pada jam 2.12 petang Selasa, 16 Mac 2021, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum mengerahkan sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Tinggi pergi ke lokasi.
Sebaik saja tiba, polis mendapati gadis itu masih duduk di tebing jambatan dan kelihatan beberapa anggota lain cuba memujuknya untuk bertenang.
"Bomba juga dihubungi untuk bantuan memasang jaring di bawah jambatan.
"Namun, ketika proses memujuk itu, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar sempat berlari ke arah mangsa dan menariknya dari belakang.
"Beliau dibantu anggota lain dan remaja berkenaan berjaya diselamatkan," katanya dalam kenyataan media
Beberapa individu yang lain segera datang menghulurkan bantuan dan memeriksa keadaan remaja itu sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai mengalami tekanan setelah ditegur bapanya kerana sering bermain game di telefon bimbitnya.
Disebabkan ketagihannya bermain game, telefon bimbitnya turut dirampas oleh bapanya.
Selain itu, remaja terbabit juga dimaklumkan mengalami kemurungan dan masih dalam tempoh rawatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024