Laman Utama

Ratu Elizabeth II Mangkat

Awani
08/09/2022
17:57 MYT
Sponsor Banner
Ratu Elizabeth II Mangkat
Pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada Khamis.
Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Barmoral, Scotland.
Serentak pengumuman ini, bendera di UK dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.
Terdahulu, Istana Buckingham mengeluarkan kenyataan mengenai tahap kesihatan Ratu Elizabeth pada sekitar tengah hari waktu tempatan.
Kenyataan itu menyebut baginda dalam pemantauan kesihatan.
Menyusul kenyataan itu, anggota kerabat diraja, antaranya Raja Charles dan Puteri Anne, berangkat ke Istana Barmoral, dilaporkan untuk bersama-sama baginda.
Ratu Elizabeth atau Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan di 17 Bruton St, London, pada 21 April 1926.
Ratu Elizabeth adalah ratu pemerintah kepada 15 negara termasuk UK, Australia, Kanada, New Zealand, Jamaica, Antigua dan Barbuda, Bahamas, Belize, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, St Kitts dan Nevis, St Lucia, St Vincent dan Grenadines, dan Tuvalu.
Sumber - Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024