Laman Utama

“Rasanya Masih Sama…”- Ziarah Pusara Di Hari Lahir Siti Sarah, Asal Nama Ratasya

Syafiqah Jalal
15/09/2021
09:11 MYT
Sponsor Banner
“Rasanya Masih Sama…”- Ziarah Pusara Di Hari Lahir Siti Sarah, Asal Nama Ratasya
Sempena hari lahir Allahyarham Siti Sarah hari ini, pelawak Shuib Sepahtu membawa anak-anaknya menziarahi pusara ibu mereka.
Shuib sempat meluahkan perasaannya berbaur di hari jadi isterinya pada tahun ini.
“Selamat hari jadi sayang…Kami rindu ibu…Rasanya masih sama, cuma suasana yang berbeza,” katanya.
Luahan itu dikongsi Shuib di akaun Instagram (IG) Story miliknya.
Dalam hantaran yang sama Shuib memuat naik fotonya bersama anak-anak di pusara isterinya yang ditaburi bunga segar.
Sementara itu, menerusi akaun IG Siti Sarah yang dikendalikan admin atau pentadbir mewakili keluarga mereka mendedahkan asal usul nama panggilan Ratasya.
“Selamat Ulang Tahun yang ke-37.
“Ramai tanya kenapa Sarah orang panggil Ratasya.. Kenapa Ratasya? Siapa Ratasya ni sebenarnya?
“Senang cerita, Ratasya ni macam nama timangan arwah Sarah di kalangan orang industri dan peminat. Kalau korang perasan, Sarah pun selalu bahasakan diri dia Ratasya,” tulis di dalam kapsyen.
Ratasya juga menjadi jenama produk kecantikan dan kosmetik yang diusahakan arwah ketika masih hidup.
Menerusi entri tersebut, video khas mengimbau kenangan Sarah dalam membangunkan produknya itu.
Sarah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos lalu selepas ditidurkan akibat Covid-19.
Sarah meninggalkan empat orang cahaya matai aitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan bayi yang dilahirkan ketika ditidurkan iaitu Ayash Affan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024