Berita

“Rasa Mual, Lesu...Penat...”- Elyana Kongsi Keadaan Selepas Rawatan Radioterapi

Syafiqah Jalal
26/10/2018
06:32 MYT
Sponsor Banner
“Rasa Mual, Lesu...Penat...”- Elyana Kongsi Keadaan Selepas Rawatan Radioterapi
Penyanyi dan pelakon Elyana memaklumkan kesan yang dialaminya selepas menjalani rawatan radioterapi.
Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 31, berkata keadaannya agak lemah namun lebih baik daripada menerima rawatan kimoterapi sebelum ini.
“Saya baru keluar dari menjalani rawatan radioterapi dan seperti anda boleh lihat wajah saya ada kemerah-merahkan dan agak pedih sedikit.
“Saya rasa lesu dan mual seperti hendak muntah tapi tak seteruk masa buat Kimoterapi dahulu kerana saya muntah dengan banyak.
“Badan sekarang rasa penat dan kulit mengering serta pecah-pecah..” katanya.
Elyana berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) nya semalam.
Beberapa hari lalu Elyana dimasukan ke hospital dan memaklumkan sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian saraf tunjang.
Terdahulu, Elyana pernah membuat pendedahkan yang dirinya sedang menghidap kanser kelenjar tahap empat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar