Laman Utama

Ramai Terkejut Bila Keranda ‘Rentas’ Daerah! Biar Betul!

Hanafis Haris
18/02/2021
03:25 MYT
Sponsor Banner
Ramai Terkejut Bila Keranda ‘Rentas’ Daerah! Biar Betul!

Rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan gambar sebuah keranda yang diusung oleh beberapa individu di kilometer 20, Jalan Rawang-Sungai Choh.

Apa yang mengejutkan, kesemua mereka cuba mengalihkan keranda itu melepasi penghadang jalan yang dibuat untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Walaubagaimanapun, gambar tersebut sebenarnya pernah tular ketika PKP 1.0 dulu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Menerusi Sinar Harian, beliau menjelaskan, gambar tersebut pernah tular pada 30 Januari dan 3 Februari lalu yang dimuat naik dan dikongsi melalui media sosial.

"Batu penghadang tersebut dipasang pada 13 Januari lalu di sempadan daerah Gombak dan Hulu Selangor apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.

"Ia bertujuan menyekat pergerakan rentas daerah di kawasan tersebut dan salah satu inisiatif memutuskan rantaian jangkitan Covid 19," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Arifai berkata, pengguna jalan raya telah dimaklumkan jalan alternatif iaitu Rawang bypass.

"Semasa PKP 1.0 Batu penghadang yang sama juga pernah didirikan di lokasi tersebut dan telah dibuka semula apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan," katanya.

Beliau meminta orang ramai bekerjasama dan bersabar sedikit dalam situasi sukar ini.

"Batu penghadang tersebut akan dibuka apabila pergerakan rentas daerah dibenarkan," katanya.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024