Laman Utama

Ramai Salah Faham Isu Lempar Budak Tadika, Cikgu Praktikal Yang Merakam Kena Buang, Bukan Pelaku!

Fiza Kamarudin
27/03/2021
09:50 MYT
Sponsor Banner
Ramai Salah Faham Isu Lempar Budak Tadika, Cikgu Praktikal Yang Merakam Kena Buang, Bukan Pelaku!
Berikutan isu tular salah laku seorang guru di sebuah tadika yang melempar seorang kanak-kanak, guru praktikal yang dikatakan telah dipecat serta merta selepas insiden tersebut, tampil memberi penjelasan.
Guru praktikal tersebut yang dikenali sebagai Irma menerusi ruangan komen di laman sosial Facebook menjelaskan dia guru praktikal yang merakam kejadian tersebut.
Mengakui perkhidmatannya telah ditamatkan, Irma berkata guru yang bertanggungjawab melempar kanak-kanak seperti yang tular, hanya digantung kerja.
Pun begitu Irma mengakui pada asalnya dia hanya menjalankan rutin merakam keadaan di dalam bilik darjah untuk tujuan pembelajaran.
Namun sama sekali tidak menyangka guru tersebut bertindak kasar terhadap seorang murid dan secara tidak sengaja telah merakamnya.
Jelas Irma lagi dia juga telah memadamkan rakaman tersebut selepas itu.
Bagaimanapun di ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusan tadika sekiranya apa yang didakwa Irma itu benar.
Mereka turut mempertahankan tindakan Irma kerana merakam kejadian tersebut walaupun dalam keadaan tidak sengaja.
Rata-rata memuji guru praktikal tersebut kerana berjaya membongkar sikap tidak bertanggungjawab seorang guru.
[[BACA: Guru Campak Kanak-Kanak Atas Lantai Undang Marah Netizen...]]
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024