Laman Utama

“Ramai Rupanya Lelaki Dayus”- Ibu Syamsul Yusof Komen ‘Perangai’ Hafidz Roshdi

Shahrin Zulkifle
04/03/2023
08:00 MYT
Sponsor Banner
“Ramai Rupanya Lelaki Dayus”- Ibu Syamsul Yusof Komen ‘Perangai’ Hafidz Roshdi

Selepas kecoh didakwa menumbuk muka bekas isteri sehingga cedera, pelakon Hafidz Roshdi tampil dengan kemas kini terbaharu di laman Instagram peribadi miliknya.

Menerusi kemas kini berkenaan, Hafidz memuat naik video yang memperlihatkan momen dia bersama dua orang anaknya, Humairah dan Umar ketika di rumah.

BACA: Selepas Didakwa Tumbuk Bekas Isteri Sampai Berdarah, Hafidz Roshdi Tampil Dengan Kata-Kata - "Orang Bukan Tahu Macam Mana..."

Bagaimanapun, tindakan aktor tersebut berkongsi momen bersama anaknya itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail.

“Ramai rupanya lelaki dayus!” komen ringkas Patimah pada ruangan balas sebuah portal yang berkongsi berita mengenai Hafidz.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.

Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024