Laman Utama

Ramai Minta Pandangan, Tanya – “Patut Bersalin Hospital Kerajaan Ke Swasta?”, Ini Jawapan Dr Say

Mya Amri
26/08/2021
10:42 MYT
Sponsor Banner
Ramai Minta Pandangan, Tanya – “Patut Bersalin Hospital Kerajaan Ke Swasta?”, Ini Jawapan Dr Say
Pengacara dan juga doktor, Dr Say Shazril memberikan penjelasan memilih hospital swasta sebagai tempat untuk isterinya, Dr Azura Abbas bersalin.
Menurut Dr Say, isterinya terpaksa bersalin secara pembedahan di hospital swasta disebabkan pernah mengalami masalah kesihatan organ dalaman sebelum ini.
Selain itu, Dr Say juga turut mendedahkan jumlah bayaran sepanjang enam hari lima malam di hospital swasta.
“Masa bersalin Ace dulu untuk empat hari tiga malam bil hospital adalah RM20k, jadi bila kami kena tahan enam hari lima malam kali ni, saya menjangkakan yang bil akan jadi lebih kurang RM25k tetapi saya salah.
“Lepas tolak diskaun, bil kali ni adalah RM15k. Ya, ada diskaun. Ramai DM minta harga pakej tapi mintak maaf SJMC tak ada pakej-pakej.
“Yang saya tahu kalau bersalin normal kena letak deposit RM8k dan kalau caesar kena letak deposit RM12k.
“Dulu mahal sebab caesar bini berlangsung pada hari minggu (hari minggu casnya berbeza ya di hospital swasta).
“’Membazir lah bersalin kat hospital swasta’. Tak dinafikan mahal bil ni tapi ada sebab kenapa kami pilih SJMC.
“Pertama, ‘ke-complicated-an’ bini saya yang mana dia pernah underwent major operation masa dia muda-muda dulu yang organ-organ dalaman dia ada banyak lekatan yang teruk.
“Kedua, SJMC adalah tertiary private hospital yang mana ada banyak kepakaran di situ jadi sekiranya ada apa-apa berlaku kepada bini atau baby, boleh setel semuanya terus di situ.
“Masa pembedahan baru ni usus kecil bini melekat teruk antara satu sama lain menyebabkan bini lambat membuang angin, jadi terus pakar bedah usus datang nasihat bini untuk xray dan terus beri rawatan yang sepatutnya, setel,” jelasnya.
Dalam pada itu, Dr Say juga turut menjawab pertanyaan orang ramai yang meminta pandangan mengenai bersalin di hospital swasta dan kerajaan.
“Patut bersalin hospital kerajaan ke swasta?’. Jawapan saya UP TO YOU. Doktor-doktor di hospital kerajaan mahupun swasta sama sahaja kecekapan mereka.
“Yang membezakan hanyalah keselesaan dan kecepatan servis itu sahaja. Isteri kita bersalin bukan tiap-tiap bulan, jadi apa salahnya kita berikan keselesaan kepada mereka?
“Saya yang menemani dia pun terasa cukup selesa sepanjang enam hari lima malam tu. Sekali lagi saya ulang, DUIT BOLEH DICARI dan NEVER UNDERESTIMATE REZEKI BABY.
“Boleh kongsi pengalaman korang dari segi billing/ services? Mana tahu boleh membantu pasangan-pasangan yang tengah survey nak bersalin di hospital swasta,” coretnya.
Dr Say dan Dr Azura Abbas telah berkahwin pada 30 Mac 2014.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki, Aezreil pada 5 Mac 2019 dan Sefriel pada 18 Ogos lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024