Ramai Bengang Isu Pelajar Matrikulasi Dikompaun Hingga RM1,500, Ini Respon DG Hisham!
Kecoh di platform Twitter apabila ada pelajar sekolah matrikulasi di Perak dikatakan telah dikompaun gara-gara tidak memakai pelitup muka.
Apa yang mencetuskan kemarahan adalah pelajar itu dikompaun sehingga RM1,500.
Menerusi gambar tangkap layar yang dimuat naik seorang pengguna Twitter, kejadian dipercayai berlaku apabila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pemantauan di kafe sekolah matrikulasi berkenaan.
Kes yang pada awalnya membabitkan isu keracunan makanan di kafe tersebut kemudian meleret kepada tindakan kompaun terhadap pelajar yang berkeliaran sekitar kawasan itu.
Malah, kebanyakan pelajar dikatakan tidak pernah keluar dari matrikulasi tersebut lebih empat bulan susulan pandemik COVID-19.
Dalam padaitu, isu kompaun pelajar berkenaan turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Menerusi satu posting di Twitter, Noor Hisham Abdullah menjelaskan, siasatan segera ketika ini sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
“Terima kasih atas aduan ini kepada KKM dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. InshaAllah,” katanya.
Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Terima kasih atas aduan ini kepada KKM dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. InshaAllah— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 19, 2021