Laman Utama

Puasa Sunat Hari Putih - Pengertian, Niat & Kelebihan Puasa Sunat Ini Yang Anda Perlu Tahu

Izwan Isa
12/08/2022
04:50 MYT
Sponsor Banner
Puasa Sunat Hari Putih - Pengertian, Niat & Kelebihan Puasa Sunat Ini Yang Anda Perlu Tahu
Umum mengetahui yang puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum bermula terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Selain lapar dan dahaga, berpuasa juga termasuk menahan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan puasa terbatal selain perbuatan sia-sia dan melalaikan.
Islam sangat menggalakkan setiap untuk melakukan ibadah-ibadah sunat seperti contohnya Puasa Sunat Putih.
Pernahkah anda mendengar tentang Puasa Sunat Hari Putih? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan puasa hari putih?
Puasa hari Putih adalah puasa yang sunat dilakukan pada setiap 13, 14, 15 untuk setiap bulan mengikut bulan Takwim Islam. Namun bagi bulan Zulhijjah, puasa sunat hari putih hanya boleh dilakukan pada 14 dan 15 hari bulan sahaja.
Puasa sunat ini mendapat nama jolokannya kerana suasana malam pada waktu tersebut terang benderang kerana adanya cahaya bulan.
Baginda, Rasulullah SAW ada bersabda mengenainya:
“Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat oleh Imam Abu Daud)
Jadi, kita sangat digalakkan untuk menunaikan puasa sunat puasa hari putih sebagaimana Nabi Muhammad SAW juga turut menggalakkan umatnya berbuat demikian kerana kelebihan yang akan diperoleh adalah sangat besar.
Sumber: Harian Post, iPuasa
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024