Laman Utama

“Puan okay?” Netizen Resah Dengan Fesyen Aneh Kim Kardashian

Izwan Isa
13/09/2021
14:55 MYT
Sponsor Banner
“Puan okay?” Netizen Resah Dengan Fesyen Aneh Kim Kardashian
Sekali lagi, selebriti popular, Kim Kardashian menjentik kewarasan netizen apabila dia menggayakan dres aneh sewaktu tiba di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Menerusi gambar yang dirakam oleh paparazi, Kim dilihat mengenakan persalinan kulit serba hitam jenama Balenciaga, lengkap dengan topeng muka dengan bukaan kecil di bahagian belakang.
Khabarnya, Kim tiba di New York bagi menghadiri acara fesyen gilang-gemilang, Met Gala.
Menerusi komen-komen yang dikutip daripada laman sosial, rata-rata mempersoalkan pemilihan fesyen yang dilakukan oleh Kim.
“Macam mana dia nak melihat?” tulis seorang pengguna di Twitter.
“Puan okay?” respons seorang pengikutnya di Instagram pula.
Ada juga yang menyifatkan fesyen tersebut sebagai mengarut dan tidak praktikal.
Selain itu, ada segelintir yang membuat andaian bahawa Kim dan Kanye West tidak meneruskan proses perceraian memandangkan fesyen eksentrik yang digayakan oleh Kim selalunya tercetus daripada idea Kanye.
“Nampak sangat mereka batalkan perceraian itu dan fesyen ini kelihatan seperti apa yang dicadangkan oleh Kanye,” ujar netizen.
Awal tahun ini, Kim dilaporkan ingin bercerai dengan Kanye West selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Namun, sepanjang proses perceraian, Kim dilihat masih memberikan sokongan kepada Kanye, lebih-lebih lagi apabila Kim menghadiri majlis pra-dengar album terbaharu Kanye, Donda beberapa minggu lalu.
Kim mendirikan rumah tangga dengan Kanye pada 24 Mei 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata, North West, 8, Saint West, 6, Chicago West, 3, dan Psalm West, 2.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024