Laman Utama

PRU15: “Ada Yang Tak Okey…” - Bung Moktar

Izwan Isa
20/11/2022
06:50 MYT
Sponsor Banner
PRU15: “Ada Yang Tak Okey…” - Bung Moktar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi bayangan bahawa ‘ada yang tidak kena’ dengan parti berkenaan berhubung prestasi buruk gabungan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Ada yang tidak okey,” itu reaksi ringkas Bung Moktar ketika disapa wartawan sebaik kelibat beliau memasuki ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), sebentar tadi.
Bung Moktar merupakan antara Pengerusi Perhubungan Negeri yang menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO yang bermula jam 12 tengah hari ini. Kenyataan ringkas Bung Moktar itu adalah gambaran mengenai situasi melibatkan parti tersebut yang mungkin berada dalam keadaan yang kurang baik.
Hal Ini selepas parti itu berdepan kekalahan besar dalam PRU15 dan beberapa nama besar dan kerusi panas dirampas oleh parti lawan.
Selain Bung Moktar, antara pemimpin UMNO lain yang tiba tiba seawal jam 11.30 pagi adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO seperti Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Datuk Jamil Khir Baharom dan beberapa lagi.
Tumpuan hari ini terarah kepada UMNO yang juga akan mengadakan Mesyuarat MKT yang dijadualkan bermula pukul 3 petang.
Ketika ini, ramai melihat UMNO dan Barisan Nasional bakal menjadi parti penentu dalam pembentukan kerajaan meskipun hanya meraih 30 kerusi dalam PRU15, berbanding Pakatan Harapan (PH) yang menang 82 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi Parlimen.
Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan komitmen akan terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan.
Katanya, parti itu bersedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini dan komited untuk melihat hubungan baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dan bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan antara tiga wilayah itu.
Pada pagi Ahad, Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyatakan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan.
Sumber: Astro Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024