Laman Utama

Protes Seksual, Tindakan Gimnastik Berpakaian ‘Sopan’ Ini Dipuji Ramai - “Macam Ni La Baru Molek”

Hanafis Haris
28/07/2021
04:35 MYT
Sponsor Banner
Protes Seksual, Tindakan Gimnastik Berpakaian ‘Sopan’ Ini Dipuji Ramai - “Macam Ni La Baru Molek”

Enggan bentuk badannya dijadikan bahan kepada subjek dan objek seksual, atlet gimnastik wa­nita Jerman memilih menggunakan seragam ‘sopan’ untuk bersaing di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menerusi gambar yang tular di media sosial baru-baru ini, atlet berkenaan dilihat beraksi dengan cukup tenang dan selesa ketika menyarung seragam yang langsung tidak mendedahkan anggota badan mereka.

Difahamkan, tindakan atlet tersebut sebagai simbolik dan protes untuk memerangi gangguan seksual dalam sukan ber­kenaan.

“Memakai pakaian seperti ini membantu kami untuk beraksi lebih selesa, baik dalam pertandingan mahupun semasa latihan.

“Kami juga mahu orang lain selesa dan mereka juga boleh pakai pakaian yang mereka mahu dan masih kelihatan cantik,” kata seorang daripada atlet tersebut.

Jelas atlet itu lagi, keputusan itu juga adalah di saat-saat akhir.

“Keputusan ini dibuat pada saat akhir sebelum kami berjumpa.

“Kamu duduk berbincang dan bersetuju,” katanya.

Difahamkan, keputusan kesemua atlet yang tidak memakai seragam asal itu telah mendapat pujian seluruh dunia.

Malah, rata-rata netizen di Malaysia turut memuji usaha berkenaan.

“Macam ni la baru bagus.”

“Terbaiklah, sopan la sikit, tak nampak kulit terdedah sana ini."

“Ha ini molek, tak ada la bini aku syak bukan-bukan,” tulis beberapa netizen.

Sumber : AMP

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024