Laman Utama

Priyanka Chopra Ada Masalah Kesihatan Hingga Guna Ibu Tumpang, Dedah Anak Lebih Kecil Dari Tangannya

Maliah Surip
23/01/2023
13:27 MYT
Sponsor Banner
Priyanka Chopra Ada Masalah Kesihatan Hingga Guna Ibu Tumpang, Dedah Anak Lebih Kecil Dari Tangannya
Bintang Bollywood yang mencipta nama dalam dunia Hollywood, Priyanka Chopra baru baru ini berkongsi kisah kurang enak di sebalik kelahiran anak sulungnya, Malti Marie Chopra Jonas.
Malti dilahirkan menggunakan khidmat ibu tumpang. Priyanka dan pasangannya, Nick Jonas mengumumkan mereka dikurniakan anak perempuan pada 21 Januari 2022.
“Kami sangat teruja untuk memaklumkan telah dikurniai seorang bayi perempuan melalui kaedah ibu tumpang. Kami sangat memerlukan privasi pada saat ini, terima kasih banyak,” tulis mereka dalam pengumuman yang dibuat di media sosial lebih tahun lalu.
Kini, menjelang satu tahun pengumuman tersebut, Priyanka berkongsi pengalaman menyambut kelahiran Malti kepada Vogue UK.
“Saya tidak pasti sama ada dia boleh melakukannya (hidup) atau tidak. Saya dan Nick berdiri di luar melihat kecekapan mereka membantu anak kami,” kata Priyanka.
Wanita yang berkahwin dengan Nick Jonas pada 2018 di Jodhpur, Rajasthan, India itu kemudian menyambung cerita kelahiran anaknya.
Menurutnya Malti lahir dalam keadaan tidak cukup bulan di trimester ketiga. Dengan kelahiran tidak matang itu, dia perlu menerima rawatan dan diawasi di Neonatal Intensive Care Unit (NICU).
“Saya ingat waktu itu dia sangat kecil. Lebih kecil dari tangan saya,” kenangnya.
Kata Priyanka lagi, Malti berada di dalam NICU selama tiga bulan dan semua menjaganya dengan sangat baik.
Dan setelah dibenarkan pulang ke rumah, mereka mendapat sokongan keluarga untuk memberi penjagaan rapi serta sempurna kepada Malti.
Bercakap mengenai keputusannya memilih kaedah ibu tumpang untuk melahirkan anaknya, Priyanka mengatakan dia mempunyai masalah kesihatan.
Melakukan kaedah ibu tumpang disifatkan sebagai langkah terbaik buat mereka.
“Saya mempunyai masalah kesihatan dan melakukan kaedah ibu tumpang adalah keputusan terbaik. Ibu tumpang Malti seorang yang sangat baik dan penyayang. Dia menjaga anak kami selama enam bulan dengan sangat baik,” akuinya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024