Hiburan

Power Main Call Of Duty, Skil Nenek 89 Tahun Ini Boleh Buat Ramai Anak Muda Malu!

Hanafis Haris
26/12/2019
16:22 MYT
Sponsor Banner
Power Main Call Of Duty, Skil Nenek 89 Tahun Ini Boleh Buat Ramai Anak Muda Malu!
Bagaimanakah perasaan anda jika dikalahkan oleh seorang nenek ketika bermain permainan konsol ataupun komputer? Pasti malu bukan?
Namun, itulah realitinya mengenai kehebatan seorang warga emas, Mori Hamako, 89 atau lebih dikenali sebagai Gamer Grandma oleh masyarakat Jepun.
Difahamkan, warga emas ini sangat hebat dalam permainan Call of Duty dan Grand Theft Auto.
Jika anda tidak percaya, anda boleh lihat aksi nenek ini bermain game menerusi video yang dimuat naik di YouTube miliknya.
Saluran YouTube itu digelar Gamer Grandma dan sehingga kini ia telah mempunyai lebih 100,000 pengikut. Hebat!
Difahamkan, warga emas berkenaan mula terjebak dalam dunia 'gaming' sejak tahun 1981 menerusi konsol Cassette Vision.
Antara permainan video lain yang dimainkan oleh beliau ialah F1 Race, The Legend of Zelda, dan Dragon Quest.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024