Viral

Poster Gadis ‘Dicabul’, Shell Arah Iklan Ditarik Dari Semua Stesen Serta-Merta!

Fiza Kamarudin
03/07/2017
17:47 MYT
Sponsor Banner
Poster Gadis ‘Dicabul’, Shell Arah Iklan Ditarik Dari Semua Stesen Serta-Merta!
Syarikat minyak gergasi Shell, mengarahkan poster gadis bertudung ditarik balik dari semua stesen mereka berkuat kuasa serta-merta.
Semuanya gara-gara perbuatan tidak bertanggung jawab beberapa pelanggan lelaki yang mencabul dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap poster gadis tersebut yang dikenali sebagai Nor Shafila Kharusalleh, 25.
Shell turut menggesa pengguna Internet untuk tidak lagi menyebarkan imej poster gadis itu yang diubah hingga mempunyai unsur tidak senonoh.
“Kami tidak bersetuju dengan tindakan kurang sopan itu, yang sama sekali dilihat bertentangan dengan budaya Malaysia dan nilai murni Shell,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shell berkata demikian selepas gambar perbuatan tidak senonoh terhadap poster itu menjadi tular, memaparkan beberapa orang lelaki mencium pipi, menyentuh dada serta bahagian sulit poster gadis itu.
Poster realistik Nor Shafila mengundang perhatian umum selepas ia ditempatkan di tepi unit pam minyak di stesen Shell.
“Iklan itu akan dikeluarkan dari semua stesen kami berkuat kuasa serta-merta,” kata Shell.
Nor Shafila dilaporkan berkata suaminya turut terkesan dengan perbuatan tidak senonoh itu kerana seolah-olah mencabul maruah isterinya.
Menurut MStar, Nor Shafila bagaimanapun tidak merancang untuk menyaman mana-mana individu yang tidak senonoh itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024