Berita

Populariti Bukan Platfom Mudah Untuk Selebriti Berniaga - Awal Ashaari

Rozaimi Zubaidi
19/09/2017
12:04 MYT
Sponsor Banner
Populariti Bukan Platfom Mudah Untuk Selebriti Berniaga - Awal Ashaari
Pengacara Awal Ashaari berpendapat populariti bukanlah satu platfom mudah bagi seorang selebriti untuk menjalankan sesebuah perniagaan.
Menurut Awal, dia mempunyai masalah untuk menyakinkan orang ramai supaya membeli barangan yang dijual.
"Sejujurnya bergelar selebriti lebih susah untuk menjual barang kerana ramai yang beranggapan bahawa artis menjual sesuatu produk itu tidak serius.
"Perkara itu sebenarnya menyukarkan kami untuk meyakinkan orang ramai membeli produk yang dijual kerana kebanyakkan mereka mempunyai mentaliti seperti itu.
"Jadi saya dan Scha akan menggunakan barang yang kami jual dan secara tidak langsung ia dapat menyakinkan orang ramai membeli produk kami.
"Kami juga terlibat dalam proses awal hingga akhir kerana ingin menjaga kualiti pakaian yang dikeluarkan dan mahu memberi yang terbaik kepada pengguna," katanya kepada Astro Gempak.
Awal berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran butik Schawal Store di Jakel Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, Awal dan Scha turut melancarkan pewangi keluaran mereka, iaitu Noir by Awal Ashaari dan Silver Rose by Scha Alyahya yang didatangkan khas dari Sepanyol.
Minyak wangi Noir dan Silver Rose dijual pada harga RM49, manakala butik SchAwal menjual pelbagai koleksi yang trendy pada harga RM89 hingga RM289.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024