Laman Utama

#PopcornTime: Apa Yang Marah Sangat Dengan Squid Game Sampai Nak Pandang Serong? Teruk Sangat Ke

Hanafis Haris
23/09/2021
12:10 MYT
Sponsor Banner
#PopcornTime: Apa Yang Marah Sangat Dengan Squid Game Sampai Nak Pandang Serong? Teruk Sangat Ke

Minggu ini boleh dikatakan sebagai minggu Squid Game!

Lihat saja ‘timeline’ media sosial anda, pasti ada yang berkongsi mengenai drama siri terbaru Korea ini.

Bukan itu saja, pelakon serta patung kanak-kanak dalam drama ini juga viral dan rancak diperkatakan netizen. Begitu hebat penangan Squid Game!

Namun, dalam pada ramai yang memuji drama ini, ada juga suara-suara yang mengkritik karya tersebut.

Seperti mana lumrah karya lain, setiap drama atau filem pastinya tidak sempurna dan sukar untuk puaskan semua pihak.

Namun, penulis tertarik untuk membincangkan kenyataan beberapa pihak yang mahu memandang serong sekiranya ada yang menyukai Squid Game.

Pandang serong? Kenapa sampai begitu sekali? Teruk sangat ke drama ini?

Biarpun masing-masing bebas untuk mengeluarkan pandangan, namun janganlah memperkecilkan pendapat orang lain.

Penulis tertarik dengan satu ciapan seorang pengguna Twitter yang menyenaraikan beberapa perkara yang membuatkan Squid Game berbeza dengan drama ‘survival’ yang lain.

Penulis cuba huraikan dengan lebih lanjut ‘point’ tersebut berdasarkan drama siri tersebut.

#1 Menyentuh isu kapitalisme

Maksud kapitalisme itu sendiri adalah sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan.

Boleh dilihat di sini yang mana penganjur permainan ini secara bebas melakukan apa saja tanpa gangguan pihak ketiga.

Sayangnya, mangsa adalah golongan yang terdesak.

Ada yang hutang berjuta-juta, ada yang diburu kongsi gelap, namun paling sedih

ada yang masih belum memberi nama anak.

#2 Sifat Tabii manusia apabila dihentak tekanan hidup

Benarlah kata orang, jika seseorang itu terdesak, apa saja sanggup dilakukan.

Ada yang merungut ‘pacing’ beberapa episod drama ini agak perlahan.

Namun, inilah yang membezakan Squid Game dengan siri lain.

Pengarah cuba membawa penonton kembali sejenak ke dunia asal peserta, melihat apa sebenarnya ‘menghantui’ hidup mereka hingga sanggup memilih jalan ‘hitam’ tersebut.

Babak ketika permainan guli adalah yang paling menyentuh jiwa. Sungguh deep!

#3 Sikap manusia pegang kuasa

Mungkin ia merujuk kepada kemunculan golongan VVIP yang mahu melihat manusia saling bunuh membunuh.

Dalam bahasa mudahnya, jika kau berduit, kau boleh buat apa saja.

Anda boleh lihat ketika episod tujuh yang memaparkan kekuasan VVIP mengawal permainan tersebut.

Ini baru sebahagian saja yang disebut, sebenarnya banyak lagi pengajaran dan mesej positif yang cuba disampaikan dalam drama ini.

Antaranya mungkin duit tidak boleh mengembalikan nyawa, manusia tidak pernah puas, jangan berhutang, hargai ibu bapa sementara mereka masih ada, jangan terlalu percaya kepada orang dan banyak lagi!

Dengan isu sebegini, ditambah pula dengan elemen permainan mengerikan, ia bukanlah karya ‘cap ayam’.

Lihat saja set penggambaran mereka, malah pengarah sendiri menyatakan tiada penggunaan teknik imej janaan komputer (CGI) dan segala set yang penonton lihat dihasilkan sendiri oleh produksi.

Sempurna?

Pastinya tidak, malah ada babak pada episod pertama hampir 90 peratus menyerupai sebuah filem Jepun.

Selain itu, siapakah ‘mastermind’ dalam drama ini juga sudah boleh dijangka.

Penulis juga tidak akan menyenaraikan drama ini dalam senarai Top 5 K-drama penulis.

Namun, penulis juga tidak teragak-agak untuk menyarankan kepada rakan lain untuk menonton drama ini.

Drama berkonsepkan ‘survival’ memang sangat enjoy ditonton kerana ia lebih dramatik dan ‘intense’.

Apapun jika anda suka drama ini dan ramai turut bersetuju, anggap sebagai satu keserasian.

Namun, jika berbeza anggaplah selera orang lain-lain.

Selera makan pun tak sama, inikan pula menonton drama. Cuma janganlah menghina ya atau nak pandang serong, just enjoy dengan hati terbuka!

Rating Gempak : 8/10

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024