Laman Utama

Polis Evo 3 Kembali Demi Peminat, Sentuhan Pengarah Blockbuster Syafiq Yusof Jadi Pertaruhan

Maliah Surip
13/04/2023
20:58 MYT
Sponsor Banner
Polis Evo 3 Kembali Demi Peminat, Sentuhan Pengarah Blockbuster Syafiq Yusof Jadi Pertaruhan
Francais Polis Evo kembali dengan triloginya, Polis Evo 3. Bukan digarap dengan kesinambungan ‘suka-suka’ ada sebab kukuh mengapa Polis Evo 3 lahir setelah kali terakhir sekuelnya ditayangkan pada tahun 2018.
Selain kerana ia merupakan filem pecah panggung bermula Polis Evo (2015) yang meraih kutipan RM18juta dan Polis Evo 2 dengan kutipan RM25juta, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad, berkata Polis Evo 3 terhasil atas permintaan peminat.
“Selepas Polis Evo 2, kami menerima banyak pertanyaan dan permintaan daripada peminat untuk melahirkan francais baharu.
“Maka tercetuslah Polis Evo 3 dengan bukan hanya barisan pelakon atau keluarga Polis Evo 3 yang semakin berkembang, tetapi ia turut menerima sentuhan dari sutradara baharu iaitu pengarah filem pecah panggung, Syafiq Yusof.
“Dan menerusi Polis Evo 3, peminat juga akan menyaksikan lebih aksi, lebih dramatik, melalui watak-watak baru untuk turut bersama dalam perhubungan ‘bromance’ Inspektor Khai dan Inspektor Sani,” ujarnya.
Jastina turut mengalu-alukan rakan penerbit baru Skop Productions dan TGV Pictures dalam memperkukuhkan lagi strategi penerbitan filem ini.
Terdahulu, Polis Evo diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan Polis Evo 2 diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew.
Polis Evo 3 yang mendapat sentuhan Syafiq Yusof dihasilkan oleh rumah produksi BlackFlag, dengan pertama kalinya juga filem Polis Evo melibatkan gabungan tiga penerbit besar Malaysia iaitu Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures.
Filem Polis Evo 3 dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 25 Mei 2023.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024