Laman Utama

PKP Dilaksana Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mulai 7 Mei Hingga 20 Mei

Zulaikha Yusof
05/05/2021
11:10 MYT
Sponsor Banner
PKP Dilaksana Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mulai 7 Mei Hingga 20 Mei
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini turut melaporkan situasi COVID-19 di WP Kuala Lumpur.
Sejak 1 April sehingga 27 April 2021, KKM mengesahkan sebanyak 17 kluster baru telah direkodkan di seluruh WP Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.
Setelah meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh WP Kuala Lumpur bermula 7 Mei sehingga 20 Mei 2021.
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKP Kuala lumpur sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini. Dengan itu, pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan, kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.
Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 12.00 malam sahaja.
Walaubagaimanapun, dine-in di kedai makan adalah tidak dibenarkan. Makanan haruslah dibungkus untuk dibawa pulang sahaja.
Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bagaimanapun stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam.
Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa.
Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
Bazar Ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat. Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024